Sunday, April 19, 2015

Sesi baru #PLKN terap pengajaran bidang kemahiran, bakal tingkatkan kualiti pelatih

Datuk Noor Ehsanuddin merupakan Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara
Kami di #KLChronicle menyambut baik kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang berkata bahawa Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bakal mengikuti modul kemahiran teknikal dan vokasional sebagai persiapan memasuki pasaran kerja. Idea ini timbul melalui Makmal Transformasi PLKN yang berakhir 27 Mac yang lalu dimana modul baru ini merupakan nilai tambah kepada modul asas seperti patriotisme dan perpaduan yang akan melibatkan kerjasama syarikat swasta.

Memetik kenyataan Datuk Seri Hishamuddin Hussein;



"Penambahan elemen kemahiran teknikal dan vokasional kepada tranformasi PLKN dibentangkan kepada Kabinet minggu lepas dan saya minta supaya ia diserapkan ke dalam Rancangan Malaysia ke-11.
Bagi kami di #KLChronicle, langkah yang diambil Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan juga Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara, YB Datuk Noor Ehsanuddin bin Haji Mohd Harun Narrashid yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Tinggi ini wajar mendapat pujian kerana langkah transformasi yang diambil ini menunjukkan bahawa pemimpin - pemimpin ini mendengar denyut nadi rakyat dan bersedia untuk melakukan perubahan demi kebaikkan anak muda negara. 

Selain itu, kami juga percaya modul baru ini akan meningkatkan "marketability" anak muda dalam dunia pekerjaan kerana modul baru ini akan melibatkan penyertaan syarikat swasta dimana sijil yang diperoleh oleh peserta PLKN akan menjadi lebih bernilai manakala pihak swasta tidak dengan mudah menolak permohonan kerja bekas pelatih yang pernah mendapat latihan sepertimana yang diperlukan syarikat berkenaan di PLKN.

Secara jujurnya kami berharap program PLKN dapat diteruskan dengan penambahbaikkan ini sekaligus meningkatkan mutu pelatih PLKN seterusnya menjadikan mereka aset berharga untuk negara.

No comments:

Post a Comment