Wednesday, April 22, 2015

Penipuan @dapmalaysia di Mesir Dibongkar! @teresakok @zairilkj @limkitsiang

Pemimpin Cina Chauvinist DAP di Timur Tengah mahu "berjumpa" dengan anak Melayu Islam

Beberapa hari lepas, dalam kesibukan jadual yang ada, saya sempat mencari masa untuk menghadirkan diri ke program ramah mesra pimpinan DAP yang diadakan di Kaherah, Mesir. Format program yang berorientasikan santai itu bermula dengan sedikit ucapan daripada YB Zairil Khir Johari selama 10 minit (atau kurang), kemudian terus dibuka kepada sesi soal jawab.



Saya menyangka kedatangan saya ke program mereka dapat menjawab beberapa persoalan saya. Tetapi saya tersilap, tidak banyak yang boleh diharap dari para penagih simpati siswa melayu islam di mesir ini. parti cauvinis sosialis ini berkali-kali divert isu utama kepada isu lain dan tidak menjawab soalan.

Antara soalan yang sempat ditanya adalah bagaimana pandangan DAP terhadap ekstrimisme yang ditunjukkan oleh golongan selain Melayu Islam di Malaysia yang saya sertakan beberapa contoh, iaitu isu Eric Paulsen dan MP DAP sendiri iaitu Chong Eng dalam mengkritik sukatan pembelajaran tamadun Islam dalam buku sejarah tingkatan 5.

Insiden "saya pusing Halim" pun bermula dan yang saya ingat YB Steven Sim menjawab, "kita tak kata kita sokong Eric. Tidak".

Tetapi sebenarnya pada 3 Februari dalam satu berita di TMI secara jelas melaporkan bahawa YB Lim Kit Siang sebenarnya telah pun memberikan kritikan yang sebijik kepada khutbah Jumaat seperti Eric Paulsen. Dan beliau pada malam tadi hanya berdiam diri terhadap soalan itu dan angguk dengan jawapan putar-belit anak buahnya yang sedang cuba meningkat naik reputasinya dengan ilmu-ilmu dan ayat Al-Qur'an yang diketahuinya serba sedikit, sudah tentu untuk menambah manis ucapan di hadapan orang Melayu.

Terima Kasih YB Teresa Kok, YB Lim Kit Siang, YB Zairil Khir Johari dan YB Steven Sim. Sekarang baru saya dapat bayangan macam mana pimpinan PAS boleh yakin untuk berkerjasama dengan anda.

Lagak ahli politik, apa yang boleh saya harapkan. Puluhan tahun menipu orang melayu, dari zaman pengasasnya memakai songkok berjumpa ahli qaryah sehingga memakai baju melayu dan membaca ayat quran. Setakat jumpa mahasiswa 20-an, apa ada hal?

Email dari pembaca The KL Chronicle

This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The KL Chronicle

No comments:

Post a Comment