Gereja ini tidak mempunyai lesen untuk beroperasi sebagai tempat ibadat |
Gereja yang terpaksa menurunkan tanda salibnya selepas bantahan penduduk Taman Medan Ahad lalu didapati tidak mempunyai permit Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), The Star Online melaporkan.
Portal berita itu berkata, unit rumah kedai itu tidak mempunyai lesen beroperasi sebagai tempat ibadat, serta tiada permit meletakkan salib pada bangunan itu.
"Lot kedai yang ditukar kepada tempat ibadat atau pusat meditasi mesti mematuhi Akta 133 Seksyen 70 (12) dan permohonan bertulis dengan aktiviti dinyatakan hendaklah dikemukakan untuk kelulusan," pegawai perhubungan awam MBPJ Zainun Zakaria dipetik sebagai berkata.
"Kita memerlukan pematuhan ini bagi memastikan keselamatan penduduk menggunakan bangunan itu," katanya menurut portal itu.
Bagaimanapun, katanya, belum ada permohonan bertulis dikemukakan gereja baharu itu setakat ini, kata Zainun, sambil menambah yang wakil pihak rumah ibadat itu masih boleh berbuat demikian. – 21 April, 2015.
No comments:
Post a Comment