Friday, April 17, 2015

Kini MCA Lancar Bilik Gerakan PRK Permatang Pauh, Akan berikan komitmen 100%



Tahniah diucapkan kepada MCA Bahagian Permatang Pauh yang hari ini telah melancarkan bilik gerakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh bagi memastikan Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kawasan parlimen Permatang Pauh daripada pihak pembangkang.




Umum ketahui bahawa Permatang Pauh merupakan kubu kuat Anwar Ibrahim dan keluarga beliau, dimana kawasan ini adalah "fixed deposit" keluarga Anwar dimana mereka boleh sesuka hati bertanding, letak jawatan dan kemudian bertanding semula seperti pengundi Permatang Pauh ini hanyalah boneka pembangkang.

Bagi kami di #KLChronicle, kami ingin mengambil peluang ini untuk sekali lagi mengucapkan tahniah kepada MCA kerana telah mengambil langkah proaktif dalam PRK ini. Diharap dengan kerjasama semua pihak BN dan UMNO dapat merampas Permatang Pauh dari pembangkang. Sudah-sudahlah rakyat Permatang Pauh ditipu oleh Anwar dan keluarganya.

2 comments:

  1. jgn percaya mereka juga yg mngundi DAP masa pru13..melayu mudah lupa

    ReplyDelete
  2. jgn percaya mereka juga yg mngundi DAP masa pru13..melayu mudah lupa

    ReplyDelete