Apa benda Lando ni dok kalut? |
Nampaknya selepas menutup lubang di sekitar jalanraya Kuala Lumpur, Lando nampaknya kini cuba beralih arah dengan menjadi seorang pakar tayar apabila beliau kini mahu kerajaan mengharamkan penggunaan tayar celup di negara ini.
Malah lebih melucukan, Lando telah kononnya mengutip cebisan tayar di entah mana dan kemudian megkategorikan tayar tersebut sebagai tayar celup dan ianya membahayakan penunggang motosikal.
Bagi kami di #KLChronicle kami akui serpihan tayar diatas jalan raya memang berbahaya kepada penunggang motosikal. Tetapi, ini including semua jenis tayar bukan sahaja tayar celup. Lebih menarik lagi, tuduhan liar Lando bahawa tayar celup tidak selamat juga tidak masuk akal kerana Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi juga telah sahkan bahawa tayar celup adalah selamat jika ikut piawaian. Kalau tayar tak celup pon, kalau pakai smpai botak merekah juga dan akhirnya pecah sekaligus membahayakan pengguna jalan raya.
Jadi persoalanya sekarang, kenapa Lando kalut sangat hendak tayar celup diharamkan?
bro, komen aku tidak memihak langsung kepada dakwaan lando tersebut, juga tidak memihak kepada kenyataan aziz kaprawi. ini adalah atas pemerhatian aku sendiri semasa berada di jalanraya, termasuk di lebuhraya. kelemahan tayar celup ialah, tayar celup sebenarnya adalah tampalan getah tayar dibahagian luar daripada tayar asal. walaupun telah diuji mempunyai ketahanan terhadap suhu dan cuaca, namun tekanan berat kenderaan (biasanya pengguna tayar celup ialah lori) akan menyebabkan kerosakan, selain permukaan jalan yang tidak sempurna akan mempercepatkannya lagi. satu masalah paling besar ialah, bila tayar itu tercabut sekeping2 dalam saiz yang besar melintang di atas jalan atau mungkin juga melibas pengguna motosikal jika memotong, dipotong atau berselisih dengan lori tersebut. aku sendiri pernah terlanggar tayar celup tersebut yang tersiat dan melintang di atas jalan sehingga menyebabkan dentuman kuat sebab tayar tersebut tebal. selain mengejutkan sebab berbunyi kuat, ia juga merosakkan bahagian bumper kereta.
ReplyDeletejangan kata komen aku ni lebih sudu dari kuah bro, aku sendiri selalu nampak, malah pernah mengalami. rumusannya, serpihan tayar celup yang tersiat di atas jalan itu sangat bahaya terutama kepada penunggang motosikal. (jangan pulak lepas ni ada idea bodoh minta haramkan motosikal ditunggang di atas lebuhraya).