Sunday, April 26, 2015

Hilang Sokongan Rakyat, Kini @N_Izzah Mahukan Banduan @anwaribrahim mengundi pada #PRKPermatangPauh


Nampaknya politk tanah air semakin merapu apabila Nurul Izzah, anak kepada calon PRK Permatang Pauh yang juga merupakan ADUN Kajang (Selangor) mahu ayahnya, yang kini merupakan seorang banduan di Penjara Sungai Buloh dibenarkan mengundi pada Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. 

Bagi kami di #KLChronicle, permintaan Nurul Izzah ini nampaknya adalah "last resort" bagi menarik penyokong Anwar untuk keluar mengundi di PRK Permatang Pauh setelah mereka kecewa apabila calon recycle diletakkan pada PRK kali ini.


Umum ketahui bahawa penyokong PKR di Permatang Pauh kini sudah muak dan bosan apabila mereka, yang merupakan anak tempatan tidak diberikan peluang untuk bertanding di Permatang Pauh malah seorang calon bidan terjun yang pernah meletak jawatan dengan alasan ingin menjaga cucu diberik peluang bertanding semula. 

Selain itu, umum ketahui bahawa Azmin Ali, yang mengintai peluang menjadi Ketua Pembangkang mungkin akan mensabotaj PRK kali ini bagi memastikan Wan Azizah tewas kepada UMNO sekaligus melenyapkan dominasi dinasti Anwar Ibrahim dalam politik Malaysia sekaligus memberi PKR peluang serta nafas baru dalam menentukan polisi mereka sendiri dalam perjuangan politik negara.

Kami di #KLChronicle merasakan Nurul Izzah sedar yang Azmin Ali bakal mensabotaj Wan Azizah lalu bagi menghalang ini berlaku, Nurul Izzah cuba mendesak kerajaan untuk membenarkan Anwar Ibrahim keluar dari penjara kononnya untuk mengundi tetapi PKR akan menggunakan peluang ini untuk membenarkan Anwar berkempen bagi Wan Azizah.Nampaknya semakin hari, PKR semakin lemah dan tahu bahawa hayat mereka sudah tidak lama. 

Jadi, rakyat Permatang Pauh, tunggu apa lagi? #IniKaliLah!


No comments:

Post a Comment