KL CHRONICLE: Gambar DYMM Sultan Selangor Melawat LRT & Monorel @MyRapidKL di Lembah Klang

Thursday, April 16, 2015

Gambar DYMM Sultan Selangor Melawat LRT & Monorel @MyRapidKL di Lembah Klang

DYMM Sultan Selangor diiringi pegawai tertinggi Prasarana Malaysia Berhad
Duli Yang Maha Mulia, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini telah berkenan mencemar duli menaiki pengangkutan awam tren darat LRT dan Monorel untuk ke Concorde Hotel, Kuala Lumpur. Objektif utama DYMM Tuanku menaiki pengangkutan awam adalah untuk melihat sendiri mutu perkhidmatan serta operasi syarikat Prasarana Malaysia Berhad. 





Encik Azmi Abdul Aziz, Pengarah Kumpulan Prasarana bersama DYMM Sultan Selangor
Bagi yang masih tidak tahu, DYMM Tuanku telah menaiki tren dari stesen Kelana Jaya selepas diberikan penerangan serba ringkas mengenai sistem rel pengangkutan awam utama di Lembah Klang (LRT) oleh Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad, Tan Sri Ismail Adam sambil diiringi oleh Pengarah Kumpulan Prasarana, Encik Azmi Abdul Aziz. Bagi pengetahuan semua, ini merupakan kali pertama baginda Sultan mencemar duli mencuba sendiri menaiki tren LRT yang menghubungkan ratusan ribu orang setiap hari.



Menurut sumber, DYMM Tuanku telah menunjukkan minat untuk menaiki tren selepas mendengar taklimat secara terperinci oleh pihak Prasarana mengenai projek pembinaan LRT Line 3 yang akan menghubungkan Bandar Utama dan Johan Setia di Klang. Kami di #KLChronicle juga pernah menulis tentang LRT Line 3 beberapa minggu lepas dan bagi kami ini merupakan satu projek yang sangat berfaedah untuk rakyat. 

DYMM Sultan Selangor diiringi oleh Tan Sri Syed Hamid Albar dan Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din
Dalam lawatan DYMM Tuanku sebentar tadi, setelah tiba di stesen KL Sentral, DYMM Baginda seterusnya diiringi Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar dan Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din Pengarah Urusan Kumpulan MRCB menuju ke stesen Monorel dan kemudian menaiki Monorel 4 koc menuju ke stesen Bukit Nanas.


Sidang media oleh Tan Sri Ismail Adam dan Encik Azmi Abdul Aziz
Setelah tiba di stesen Monorel Bukit Nenas, DYMM Baginda telah menamatkan lawatan kerja dan menuju ke Hotel Concorde untuk jamuan makan tengahari bersama pegawai Prasarana, SPAD, GLCs dan juga sahabat-sahabat media. Pada sidang  media selepas jamuan makan di Hotel Concorde, pengerusi Prasarana, Tan Sri Ismail Adam berkata, Sultan Selangor bertitah dia amat sukacita dan berpuashati dengan perkhidmatan LRT dan monorel dan yakin bahawa sistem pengangkutan LRT dan Monorel adalah satu penyelesaian yang. baik untuk masalah pengangkutam Awam di Lembah Kelang.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget