KL CHRONICLE: Tindakan PERS1M Bantah "Ops Tegar" Tidak Bertanggungjawab, Pentingkan diri Sendiri

Tuesday, March 17, 2015

Tindakan PERS1M Bantah "Ops Tegar" Tidak Bertanggungjawab, Pentingkan diri Sendiri



Tindakan tidak bertanggungjawab Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia   (PERS1M) yang membantah "Ops Tegar" yang dilakukan oleh pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi kami di #KLChronicle adalah tidak wajar dan tidak bertanggungjawab. Ini kerana, SPAD sebagai sebuah badan penyelia harus memastikan pengangkutan awam darat negara berada pada tahap yang terbaik untuk kesenangan rakyat. 



#KLChronicle menyokong penuh usaha SPAD sita teksi yang tidak menggunakan meter

Sebagai seorang pengguna pengangkutan awam dan juga rakyat di negara ini, kami kecewa dengan sikap PERS1M yang dilihat mementingkan diri sendiri. Ini dapat dibuktikan apabila terdapat banyak teksi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang secara terang-terangan tidak menggunakan meter ketika mengambil penumpang. Sikap tidak bertanggungjawab ini dengan terang menyalahi undang-undang. 

Usaha yang wajar diteruskan

Selain itu, rakyat juga sudah semakin meluat dengan sikap biadap sesetengah pemandu teksi yang menengking pengguna jika tidak mahu menaiki teksi yang tidak bermeter. Walaupun sebenarnya pengguna berhak untuk "demand" teksi yang dinaiki menggunakan meter. Kita juga acap kali dengar isu tentang pemandu teksi yang "taiko" dan "samseng" menggertak penumpang dan penguatkuasa. 

Kami di #KLChronicle berharap SPAD akan meneruskan operasi untuk menyita dan menangkap pemandu teksi yang tidak menggunakan meter di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Malah, jika boleh usaha ini dapat diteruskan sehingga keseluruh negara. Rakyat harus dibela dan SPAD harus memainkan peranan tersebut. Kita tidak mahu akibat rakyat marahkan pemandu teksi, kerajaan pula yang menerima tempias dari kemarahan ini. 

2 comments:

PASDAPX said...

biasalah.. Teksi Malaysia dikuasai lanun2 dan gengster.. mana mungkin ikut peraturan.. keja bawka teksi tp nak mentakedarah duit org mcm menteri.. bodoh..

woi drebar2 teksi kepala samseng.. makan lah duit haram.. esok anak bini korang akan terima buruk.. menipu tak sudah2 lepas tu hasut penumpang benci kerajaann.. lu org lah biawak dan penyamun..

aku pegi Indon.. teksi Bluebird bersepah2.. mereka sopan, amanah.. takde satu pun yg kenakan aku mcm teksi2 haram jadah kt KL tu..

puihhhhh... tuihhhhh!

Unknown said...

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH WITJAKSONO dengan senang hati MBAH WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH WITJAKSONO di: 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga
KLIK=> BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 6D

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget