KL CHRONICLE: Teksi yang tidak guna meter memang patut "diangkut"

Thursday, March 12, 2015

Teksi yang tidak guna meter memang patut "diangkut"

Pengurus Besar Penguatkuasaan dan Latihan SPAD, Mejar Jen (B) Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad 

Tahniah diucapkan kepada pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang telah bertindak tegas dalam "mengangkut" semua teksi yang tidak menggunakan meter baru-baru ini. Operasi yang diberi nama "Ops Tegas" ini telah diadakan di kawasan Kelana Jaya, Sunway, Summit USJ, Subang Jaya, Damansara, Sungai Buluh dan Kelang. Lebih hebat lagi, dalam operasi kali ini adalah treler muatan berat digunakan untuk menyita teksi kepunyaan pemandu-pemandu yang degil yang melanggar undang-undang.



Anggota SPAD menjalankan tugas menyaman pemandu teksi yang tidak ikut peraturan
Bagi kami di #KLChronicle, sudah tiba masanya pemandu teksi yang tidak mahu mengikut arahan dan undang-undang ini diambil tindakan. Tidak wajar rakyat dijadikan sebagai mangsa kerakusan pemandu teksi yang hanya mementingkan keuntungan tanpa memikirkan masalah rakyat yang kadang kala sehingga terpaksa merayu pemandu teksi mengikut meter seperti yang ditetapkan kerajaan untuk ke satu-satu destinasi. 

Teksi yang disita diangkat menggunakan treler
Kami juga ingin memetik kenyataan Pengurus Besar Penguatkuasaan dan Latihan SPAD, Mejar Jen (B) Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad yang berkata operasi kali ini diadakan berikutan aduan orang ramai mengenai teksi yang tidak menggunakan meter. Sebanyak 30 kes teksi berjaya ditahan dalam operasi kali ini. 27 kesalahan melibatkan kesalahan pemandu teksi tidak menggunakan meter, 2 kes tiada kad pemandu yang sah manakala satu kes kad pemandu telah tamat tempoh.


Selain itu, menurut Datuk Paduka Che Hasni, operasi kali ini telah berjaya 100% dimana 30 kumpulan telah dihantar menyamar di pelbagai lokasi. Lebih menarik, operasi kali ini hanya melibatkan pihak SPAD sahaja yang melibatkan 61 anggota. Bagi kami, ini membuktikan bahawa SPAD kini telah berjaya untuk melakukan operasi secara "independent" dan telah membawa banyak "improvevement" kepada mutu pengangkutan awam darat negara. 



No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget