KL CHRONICLE: Kenaikan Harga Teksi dan Bas Express, Ini Pendapat #KLChronicle

Friday, March 20, 2015

Kenaikan Harga Teksi dan Bas Express, Ini Pendapat #KLChronicle

PETEKMA menyokong penuh kenaikkan tambang, mereka ini juga rakyat
Semalam, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengumumkan kenaikan harga tambang teksi serta bas express bagi peninsula Malaysia. Susulan pengumuman SPAD, KTMB juga mengumumkan kadar tambang bagi tren komuter dinaikkan. Sudah tentu kenaikkan tambang ini merupakan satu langkah yang tidak popular dan mendapat kritikan serta tentangan dari pelbagai pihak baik dari parti politik kerajaan mahupun pembangkang. 




Ini terbukti dengan penyerahan memo bantahan oleh EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Saudara Ar-Rahman Hussein yang juga merupakan pengerusi Biro Kualiti Hidup, Kepenggunaan dan Alam Sekitar Pegerakan Pemuda UMNO Malaysia. Sususlan daripada tindakan Pemuda UMNO, PKR pula dilihat mengikut langkan Pemuda UMNO dimana mereka juga menyuarakan bantahan mereka. Dua "point" penting bantahan adalah kerana "quantum" terlalu besar dan juga ada yang mengatakan "timing" tidak kena. 



Melalui maklumat yang kami terima, basis kenaikkan tambang adalah daripada pelbagai research dan juga interaksi bersama ramai "stakeholders". Hampir 15 perjumpaan telah dilakukan oleh SPAD dengan "stakeholders" sebelum SPAD menaikkan kadar tambang ini. Namun, yang sedih adalah persepsi yang cuba dimainkan adalah bahawa kenaikkan ini dibuat "suka-suka" tanpa sebarang kajian. Ini adalah satu persepsi yang salah.  Sebenarnya, perbincangan kenaikkan ini telah dibincang dengan kumpulan fokus bermula 18 October 2013 sehingga 13 November 2013. Selepas perbincangan, sesi taklimat dan paparan galeri umum pula dilakukan bagi menyampaikan maklumat tentang perbincangan dengan kumpulan fokus ini. 

Bagi isu timing pula, sebenarnya tidak ada timing yang betul bila kita berbicara tentang isu kenaikkan tambang atau pun harga barang. Macam mana penjelasan yang diberikan pun, ini merupakan satu langkah yang tidak popular. Tetapi persoalanya, adakah kerajaan ini ingin menjadi kerajaan yang popular ataupun melakukan "things that it thinks is right for the future benefit of the people" . Kita harus ingat juga bahawa pemandu teksi, pemandu bas, pengusaha bas dan sebagainya juga merupakan rakyat yang mempunyai tanggungan.

Secara konklusinya,  kami berharap kabinet tidak membuat U-Turn dalam isu ini kerana ianya hanya akan "expose" kelemahan pentadbiran Perdana Menteri dimana kerajaan tidak mampu untuk "stick firm" dalam satu-satu keputusan yang dibuat dan akhirnya kerajaan dilihat sebagai sebuah kerajaan yang "flip-flop" seperti satu ketika dulu. Akhirnya, kita tahu perdana menteri pada ketika itu diganti dengan perdana menteri yang ada sekarang. 


1 comment:

sham said...

Kenaikan tambang teksi tidak memberi apa apa makna kerana banyak teksi enggan gunakan meter .

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget