KL CHRONICLE: Dr. Dzulkefly Ahmad Dipukul Awal Pagi Ini

Thursday, March 5, 2015

Dr. Dzulkefly Ahmad Dipukul Awal Pagi Ini

PAS central committee member Dr Dzulkefly Ahmad is being treated for injuries sustained during an attack early this morning. – The Malaysian Insider pic, March 5, 2015.

Pemimpin PAS Pusat yang baru-baru ini membidas golongan ulama di dalam PAS, Dr Dzulkefly Ahmad dipukul sekumpulan lelaki yang tidak dikenali di depan rumahnya dekat Shah Alam awal pagi ini.

Sahabat baiknya Datuk Kamarudin Jaffar yang merupakan antara penggerak golongan Pro-Anwar Ibrahim didalam PAS mengesahkan kejadian tersebut berkata, Dzulkefly ketika ini sedang membuat laporan polis dan akan mendapatkan rawatan selepas ini.



Kesan kejadian itu, ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat itu mengalami pecah di bibir dan bengkak di kepalanya.


"Salah seorang daripada mereka sempat berkata 'kenapa kurang ajar' ketika mereka memukul Dr Dzul," kata Kamarudin yang juga seorang AJK PAS Pusat.

Baru-baru ini, Dzulkefly yang juga pengarah Pusat Penyelidikan PAS itu menyuarakan kebimbangan sama ada ulama dan profesional di dalam parti Islam itu masih boleh bekerja bersama dan melahirkan rasa sudah hilang hormat terhadap golongan ulama dan ilmuan dalam parti.

Ia susulan resolusi yang dibuat Multaqa Ulama Semalaysia II anjuran Dewan Ulama PAS pada Sabtu, 21 Februari.


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget