KL CHRONICLE: Bila Janda Tidak Tahu Undang-Undang, Rakyat Pula yang jadi Mangsa

Wednesday, March 18, 2015

Bila Janda Tidak Tahu Undang-Undang, Rakyat Pula yang jadi Mangsa





'Kenapa tahan saya? Saya mempunyai kekebalan di parlimen' - Nurul Izzah http://m.www.astroawani.com/berita-malaysia/kenapa-tahan-saya-saya-mempunyai-kekebalan-di-parlimen-nurul-izzah-55805

Semalam bukan main menanggis, 
Lepas keluar dah mula buat perangai


Berdasarkan Artikel 63 (4) Perlembagaan yang menyatakan keistimewaan daripada dikenakan tindakan mahkamah ke atas apa yang dicakapkan ketika prosiding Dewan Negara atau Dewan Rakyat adalah tertakluk pada empat perkara.



Empat perkara tersebut ialah menyentuh Dan mempersoal berhubung:
1. Artikel 153 iaitu hak istimewa orang Melayu,
2. Artikel 152 mengenai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,
3. Artikel 181 tentang Raja-raja Melayu dan 4. perkara yang tergolong kepada definisi hasutan menurut Akta Hasutan 1948.

'Janda Baik' Ahli Parlimen ini telah  menyentuh soal Artikel 153, 152, 181 dan hasutan di bawah Akta Hasutan, maka beliau boleh diambil tindakan di mahkamah atas apa yang mereka cakap dalam Parlimen.

Ini selari dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Mark Koding yang menyatakan imuniti ahli Parlimen bukan mutlak seperti anggapan umum sebaliknya tertakluk pada sekatan sebagaimana Artikel 63 (4).

Ahli Parlimen sama ada ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara mesti memastikan setiap perkataan yang dituturkan adalah berpandukan pada Artikel 63 (4) yang ada sekatan.

Akta Hasutan adalah akta terakhir (line of defence) ruang lingkup pada akta tersebut adalah luas termasuk pada perkara yang boleh membangkitkan kemarahan rakyat berhubung penentangan terhadap Raja-raja malah ke atas kerajaan.

Kenyataan-kenyataan yang membangkitkan perasaan saling membenci antara kaum serta kenyataan yang menimbulkan rasa kemarahan atau tidak puas hati pada sistem keadilan negara juga adalah kesalahan di bawah Akta Hasutan.

Apabila sistem keadilan negara dipersoalkan di Parlimen baru-baru ini hingga membawa rasa tidak puas hati, maka apa yang dibangkitkan itu adalah tergolong pada maksud hasutan di bawah akta berkenaan.

Seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 3 (1) (c) Akta Hasutan yang kesalahannya dinyatakan di bawah seksyen 4 dengan hukuman yang diperuntukkan ialah denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Ada kemungkinan PRK juga di Lembah Pantai. Sementara itu berdondang sayanglah di Balai Polis Jinjang....

1 comment:

Unknown said...

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH WITJAKSONO dengan senang hati MBAH WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH WITJAKSONO di: 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga
KLIK=> BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 6D

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget