Tuesday, February 17, 2015

Tidur Anwar terganggu kerana nyamuk, kata @DrWanAzizah


Anwar mempunyai masalah tidur kerana diganggu nyamuk

#KLChronicle says : Alahai kesian @anwaribrahim tidak dapat tidur dengan selesa dalam penjara Sungai Buloh kerana gangguan nyamuk. Iyelah kan, istana Bukit Segambut Anwar berbeza sungguh dengan keadaan dalam penjara, tapi tu lah.. siapa suruh pegi "belasah" coffee boy sendiri..kan dah kena gigit nyamuk. Kesian~ 


"Tidur Anwar sedikit terjejas kerana gangguan nyamuk," kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai keadaan terkini suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang di penjara di Sungai Buloh.



Dr Wan Azizah berkata beliau memohon kepada pihak penjara supaya menyediakan tilam setebal dua inci dan menyelesaikan masalah tandas yang tidak sesuai.

"Pihak penjara meyakinkan kami namun kami masih menunggu janji mereka untuk menyediakan tilam setebal dua inci dan menangani masalah nyamuk selain tandas cangkung yang tidak sesuai dengan keadaan fizikal Anwar," katanya kepada pemberita di luar mahkamah selepas perbicaraan kes saman fitnah yang difailkan Anwar terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Di akhir prosiding hari ini, Anwar sempat berkata: "Terima kasih Yang Arif, saya akan balik ke Sungai Buloh" selepas selesai memberi keterangan.

Kes itu didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah S Hassan Badjenid dengan Anwar diwakili peguam Razlan Hadri Zulkifli manakala Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, mewakili Anifah.

Anwar, 67, yang berpakaian kemeja biru muda dan berseluar hitam, tiba pada 7.45 pagi di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dan dibawa ke dalam bilik bicara sejam kemudian dengan diiringi pegawai dari Penjara Sungai Buloh dan polis mahkamah tanpa bergari.

Sebelum prosiding bermula, ahli keluarganya termasuk Dr Wan Azizah dan beberapa pemimpin pembangkang antaranya Menteri Besar Selangor Azmin Ali dibenarkan bertemu dengan Anwar di bilik saksi.

Cucunya yang masih kecil dan kebiasaannya tidak dibenarkan memasuki mahkamah juga berada di galeri awam ketika prosiding itu berlangsung.

Beliau hadir di mahkamah itu untuk memberi keterangan dalam kes samannya sebanyak RM100 juta terhadap Anifah berhubung kenyataannya pada sidang media di Washington pada Mei 2009.

Anwar dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini ketika sedang menjalani hukuman penjara lima tahun setelah Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu memutuskan beliau bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008. – Bernama, 17 Februari, 2015.

1 comment:

  1. Pada akhir 1980an semasa Anwar sebagai Menteri Kewangan telah mencadang Masjid Simpang Enam di George Town di majukan untuk pembangunan pusat membeli-belah dan pejabat. Para jemaah masjid telah membantah cadangan tersebut kerana masjid telah di bangunkan dan di binakan oleh seorang perdangan berlian Tn Hj Wahab pada 1893 dan tanah tersebut telah di wakafkan. Lalu para jemaah sembahyang hajat memohon kepada Allah swt supaya project ini tidak di teruskan. Seterusnya politik karier Anwar terus menjunam. Ini sebagai tanda Allah swt telah memakbulkan permintaan para jemaah. Hingga kini perangai Anwar satu demi satu timbul. Ini bukan konspirasi tapi kehendak Allah swt

    ReplyDelete