KL CHRONICLE: Tahniah @RahmanHussin @BKH_PPUM & Pemuda UMNO kali ini buat program di Bukit Bintang

Wednesday, February 18, 2015

Tahniah @RahmanHussin @BKH_PPUM & Pemuda UMNO kali ini buat program di Bukit Bintang

Rahman Hussin, AJK Biro bersama barisan kepimpinan Pemuda Bukit Bintang
Tahniah diucapkan pada EXCO Pemuda UMNO Malaysia saudara Rahman Hussin bersama barisan kepimpinan Biro Kepenggunaan, Alam Sekitar dan Kualiti Hidup Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan kerjasama Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bintang yang telah turun padang dalam menyampaikan flyers serta buah limau kepada masyarakat berbangsa Cina di Pavillion, Bukit Bintang.



EXCO Pemuda UMNO Malaysia Rahman Hussin menghulurkan buah limau kepada pengunjung
Program Skuad Pengguna Tahun Baru Cina 2015 ini merupakan satu program bertujuan untuk memupuk sifat berbelanjaan berhemah dan memberi kesedaran kepada pengguna mengenai hak-hak mereka yang boleh mereka aplikasikan semasa berbelanja bagi mengelakkan dari diambil kesempatan oleh pihak peniaga yang tidak bertanggungjawab.



Program ini dijalankan seiring dengan musim perayaan tahun baru cina kerana seringkali peniaga mengambil kesempatan terhadap pengguna di musim sebegini. Sejajar dengan kunjungan Biro Kepenggunaan, Alam Sekitar dan Kualiti Hidup  ke KPDNKK tempoh hari, program ini merupakan manifestasi usaha pihak biro untuk bersama-sama membantu pihak KPDNKK untuk meningkatkan kesedaran dikalangan pengguna.

Sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran pengguna tentang hak mereka dan mengajak mereka untuk menjadi pengguna yang bijak, pihak biro telah dengan jayanya mengedarkan risalah mengenai 13 harga barangan yang dikawal sempena musim perayaan ini. Risalah ini juga mengandungi maklumat mengenai saluran maklumat yang boleh mereka rujuk mengenai sebarang isu kepenggunaan.

Bagi kami di #KLChronicle, kesungguhan Saudara Rahman bersama ahli Biro dan Pemuda UMNO Bukit Bintang adalah sesuatu yang patut dibanggakan.Walaupun keadaan Kuala Lumpur hujan lebat sebentar tadi, namun Saudara Rahman dan pasukan beliau tetap meneruskan program.

Ini juga merupakan program kedua Saudara Rahman dan Biro Kepenggunaan, Alam Sekitar dan Kualiti Hidup  dalam masa 4 hari dimana program pertama diadakan di kawasan Parlimen PJU bersama-sama barisan Pemuda UMNO Bahagian.

Kami di #KLChronicle berharap Saudara Rahman dan Biro Kepenggunaan, Alam Sekitar dan Kualiti Hidup dapat terus secara konsisten melakukan program-program "high impact" sebegini.

Keep up the good work!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget