KL CHRONICLE: Tahniah @IsmailSabri60 , Kini Berjumpa Pelajar Dalam & Luar Negara Terangkan Isu Semasa #Kita1Hati #TurunkanHargaBarang

Wednesday, February 11, 2015

Tahniah @IsmailSabri60 , Kini Berjumpa Pelajar Dalam & Luar Negara Terangkan Isu Semasa #Kita1Hati #TurunkanHargaBarang


Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Ismail Sabri yang hari ini mengambil langkah proaktif berjumpa dengan pelajar  dalam dan luar negara  bagi memberi penjelasan dengan lebih mendalam berkaitan isu-isu semasa terutamanya berkaitan isu harga barang.





Bagi kami di #KLChronicle, langkah yang diambil oleh Datuk Seri Ismail Sabri ini sangat tepat pada masanya kerana umum ketahui hari ini Datuk Seri Ismail Sabri mula diserang oleh pembangkang kerana inisiatif beliau melancarkan kempen "Jihad orang tengah".


Sebagai pengguna yang bertanggungjawab, kita tahu bahawa harga barang, terutamanya harga barang mentah dikuasai oleh orang tengah jadi untuk menurunkan harga barang "jihad orang tengah" ini harus dilaksanakan sebaik mungkin.

Dengan engagement yang dilakukan oleh Datuk Seri Ismail Sabri bersama pelajar dalam dan luar negara, diharap pelajar-pelajar ini dapat dijadikan "duta kecil" dan agen penyampai maklumat kepada orang awam bagi memastikan penipuan pembangkang dapat dikekang sehabis baik.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget