KL CHRONICLE: Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya oleh @LiowTiongLai

Thursday, February 12, 2015

Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya oleh @LiowTiongLai


Tahniah diucapkan kepada Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang hari ini telah merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena cuti Tahun Baru Cina di Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan (BTS).





Menyedari bahawa kemalangan jalan raya merupakan antara pembunuh No 1 di negara ini, kempen Keselamatan Jalan Raya kali ini menitik beratkan soal pemandu kenderaan. Menurut YBM, antara punca utama kemalangan jalan raya adalah disebabkan oleh kecuaian pemandu.

Antara contoh kecuaian pemandu yang menyebabkan kemalangan adalah memandu melebihi had laju, langgar lampu isyarat, menggunakan telefon bimbit dan sebagainya. Oleh sebab itu, Kementeria Pengangkutan telah menetapkan slogan kempen tahun ini adalah "Bertimbang Rasa di Jalan Raya, Elak Terkorban Nyawa"

Bagi kami di #KLChronicle, kempen yang dilancarkan oleh Kementerian Pengangkutan wajar diberi sokongan oleh rakyat. Ini kerana sebagai rakyat yang bertanggungjawab, safety comes from us first as the user.

Oleh itu, jom kita sebagai pemandu dan pengguna jalan raya sama-sama memastikan keselamatan kita pada cuti Tahun Baru Cina yang akan datang.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget