Kami di #KLChronicle menyambut baik kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bahawa kadar tambang bas ekspres di seluruh negara masih kekal pada harga biasa. Bagi kami, sudah bertahun apabila tiba musim perayaan, pengusaha bas express menaikkan tambang bas dengan mengenakan surcaj atas pelbagai alasan. Namun kini No More.
Bagi penurunan kadar tambang bas express pula, walaupun menyedari bahawa harga minyak telah diturunkan kerajaan, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) Tan Sri Syed Hamid Albar berkata banyak faktor lain perlu diambil kira sebelum syarikat bas itu dapat menurunkan kadar tambang kerana kos minyak hanyalah sekitar 11 hingga 20 peratus daripada kos keseluruhan.
“Banyak faktor lain yang menentukan turun naik harga tambang selain minyak. Ia juga mengambil kira kos penyelenggaraan bas itu sendiri termasuk tayar dan insurans.
“Minyak itu hanya membabitkan antara 11 hingga 20 peratus daripada faktor keseluruhan kos, melainkan penurunan itu (minyak) mengambil tempoh masa yang lama,” katanya Tan Sri Syed Hamid.
Menurut Syed Hamid, SPAD bagaimanapun akan memantau keadaan itu dari semasa ke semasa sebelum membuat keputusan mengenai perubahan kadar tambang bas ekspres.
Kami di #KLChronicle merasakan isu tambang bas express ini sudah lama menjadi satu isu yang dekat dihati rakyat. Namun alhamdulilah kali ini tambang bas express KEKAL pada musim perayaaan dan kami rasakan ini adalah satu perkembangan yang baik.
No comments:
Post a Comment