KL CHRONICLE: Kini @dapmalaysia Mahu Kerajaan Mansuhkan PLKN, Mana Pergi Semangat Patriotisme?

Monday, February 9, 2015

Kini @dapmalaysia Mahu Kerajaan Mansuhkan PLKN, Mana Pergi Semangat Patriotisme?

Petikan akhbar kenyataan @mkula yang bodoh dan tidak masuk akal

Kami di #KLChronicle ingin membantah sekeras-kerasnya cadangan yang dikeluarkan oleh M Kula Segaran, Naib Presiden parti Cina chauvinist @dapmalaysia yang mahukan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dimansuhkan.  Bagi kami, program khidmat negara ini merupakan satu program yang disediakan oleh kerajaan untuk membawa bersama anak muda berbilang kaum dan agama untuk duduk bersama bagi memupuk semangat setiakawan antara kaum di negara ini. 



Memetik komen pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun :

"Dari dulu DAP suruh mansuh PLKN. Mereka tak suka, apa benda yang kita lakukan baik untuk perpaduan mereka tak suka..Di negara kita terdapat lebih 200 suku kaum, masyarakat berbilang agama, berbilang bahasa, berbilang bangsa dan budaya."
"Kita sudah ada satu program yang membina ke arah itu (PLKN), ia diwajibkan dan dilaksanakan dalam suasana terkawal. Pelatih PLKN sendiri mengakui yang mereka suka akan program ini. Di Gua Musang baru-baru ini ketika memindahkan mangsa banjir, pelatih-pelatih ini diarahkan pindah ke kem lain, mereka semua menangis. Mengapa mereka menangis? kerana mereka sudah ada 1 pasukan melakukan aktiviti bersama, punyai semangat setiakawan."jelasnya lagi

Bagi kami, PLKN merupakan the only program didalam negara ini yang dapat mengumpul anak muda dalam satu kawasan, membiarkan mereka melakukan aktiviti yang berfaedah dan sekaligus menjadikan mereka insan yang berguna untuk masyarakat. Seperti yang diberitahu oleh Datuk Noor Ehsanuddin Mod Harun, pelatih PLKN di Gua Musang merupakan antara tenaga kerja yang banyak membantu mangsa banjr. 

Ini adalah sesuatu yang wajar dibanggakan oleh segenap lapisan masyarakat di negara ini. Dimana anak muda kita yang dilatih oleh kerajaan kembali berbakti kepada masyarakat. Bagi kami di #KLChronicle, program PLKN ini wajar diteruskan supaya lebih ramai lagi anak muda berbilang kaum dan agama dapat bersama menghayati konsep masyarakat majmuk negara sekaligus bangun bersama membina negara ini.

Anak muda juga harus sedar bahawa pihak DAP sememangnya gentar dengan kekuatan anak muda yang apabila bersatu dapat  memastikan kekuatan Barisan Nasional terus kekal dalam tampuk kerajaan. Umum ketahui bahawa anak muda kini sudah mula kembali mendekati kerajaan setelah banyak program "engagement" yang dilakukan oleh kerajaan untuk menarik minat orang muda telah mendapat sambutan yang menggalakkan seperti program Parlimen Belia, National Aspiration & Leadership Symposium (NALS) , Fellow Perdana dan sebagainya. 

Kerajaan harus teruskan program sebegini dan kami yakin jika semuanya berjalan lancar anak muda akan terus menyokong BN pada PRU akan datang.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget