Tuesday, February 24, 2015

Kini @Anwaribrahim Buat U-Turn, mohon pengampunan Diraja pada saat akhir‎

Anwar seeks last-minute royal pardon
Hanya orang yang bersalah akan meminta ampun

Keluarga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat pusingan U dengan memohon pengampunan Diraja bagi hukuman atas kesalahan kes liwatnya, kata jurucakap PKR hari ini.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil memberitahu inisiatif permohonan tersebut dilakukan kerana Anwar berisiko kehilangan kerusi Permatang Pauh yang disandangnya. 



Fahmi berkata inisiatif pengampunan itu dilakukan keluarga Anwar dan tidak mendapat restu ahli PKR.

Kami di #KLChronicle difahamkan, permohonan tersebut sudah pun dihantar ke Istana Negara sebentar tadi.

Sementara itu anak sulung kepada Anwar Nurul Izzah memberitahu, petisyen memohon ampun itu sudah selamat dihantar ke Istana Negara.

‎"Petisyen memohon ampun atas alasan pengetepian prinsip-prinsip keadilan dan pembelaan daripada penganiayaan fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah selamat dihantar ke Istana," kata ahli Parlimen Lembah Pantai dan naib presiden PKR itu.

2 comments:

  1. Alasan untuk tarik intitusi raja dlm masalah peribadi Anwar.

    ReplyDelete
  2. Ha ha ha lawak btol family ni, mohon selepas ngaku kesalahan, INI tak ngaku salah , malah menghina Pulak institusi kehakiman, badan eksekutif malah Raja sendiri yg melantik Ketua Hakin Negara. Kalau Raja beri pengampunan bermakna Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agung sendiri x hormat kepada institusi Raja . alahai keturunan nuo ni x habis2 nak putar belit.

    ReplyDelete