KL CHRONICLE: Hanya 100 orang Penyokong @anwaribrahim kini di #Putrajaya

Tuesday, February 10, 2015

Hanya 100 orang Penyokong @anwaribrahim kini di #Putrajaya


Penyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mula tiba di perkarangan Istana Kehakiman bagi memberikan sokongan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung dakwaan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan sejak jam 6.30 pagi tadi.



Tinjauan #KLChronicle mendapati, kebanyakan daripada mereka yang beragama Islam berkumpul di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya sebelum menunaikan solat Subuh berjemaah.

Difahamkan, bermula jam 8.00 pagi halangan di perkarangan bangunan mahkamah hanya akan dibuka untuk memberikan laluan kepada peguam dan pemberita yang ingin membuat liputan berhubung kes berkenaan.
Setakat jam 8.00 pagi tadi, dianggarkan sekitar 100 
penyokong Anwar mulai membanjiri perkarangan kawasan mahkamah namun ahli-ahli PAS tidak kelihatan.

Pemimpin PAS yang telah masuk ke mahkamah adalah dari kumpulan "Erdogan" iaitu Datuk Mahfuz Omar, Khalid Samad, Dr Dzulkefly Ahmad dan Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget