Baru-baru ini negara dikejutkan dengan penangkapan seorang anak muda perempuan berusia 14 tahun yang hampir menaiki pesawat ke Turkey dan seterusnya ke Syria untuk menyertai puak militan 'Islamic State' (IS).
Selepas penangkapan tersebut dan siasatan dilakukan, anak kecil ini rupanya telah menipu ayah saudara dan rakan-rakanya bahawa beliau hendak pergi belajar di sebuah sekolah madrasah namun sebenarnya hanyalah satu alasan untuk anak kecil ini pergi ke Turkey dan kemudian Syria bagi menyertai IS.
Kami di #KLChronicle sebenarnya terkejut apabila anak kecil ini cuba menggunakan sekolah madrasah sebagai alasan beliau. Ini kerana tahap sekolah madrasah di negara ini "has improved by leaps and bounds" setelah penubuhan Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) yang diketuai oleh Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.
Penubuhan YPPM adalah untuk memberi pengiktirafan kepada institusi pengajian warga pondok dan warga pondok yang menyumbang kepada pembangunan dan perkembangan pendidikan Islam. Kami juga yakin sekretariat YPPM juga aktif memantau sekolah madrasah/pondok bagi memastikan elemen IS ini tidak menular di sekolah pondok/madrasah negara ini.
Kami teringat juga ucapan Datuk Dr. Mashitah Ibrahim pada Perhimpunan Agung UMNO tahun lepas dimana beliau telah berkongsi kerisauan beliau tentang gerakan militan IS yang kini dilihat mahu bertapak di negara ini. Namun, kami yakin dengan ketokohan beliau mengetuai YPPM, penularan fahaman militan IS dapat dibendung sekaligus menghalang anak kecil kita daripada menjadi mangsa puak yang jijik ini.
Insyallah.
No comments:
Post a Comment