Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan penangguhan program PLKN berikutan penstrukturan semula bajet negara akibat kejatuhan harga minyak mentah dunia. Bagi kerajaan, penangguhan PLKN ini dijangka dapat menjimatkan hampir RM 400 juga perbelanjaan kerajaan sekaligus memberi peluang kepada PLKN untuk menstruktur semula program ini untuk kebaikan peserta.
Bagi Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Noor Ehsanuddin Narrashid melihat penangguhan PLKN ini merupakan satu langkah yang positif dimana ia dapat memberi peluang kepada barisan pentadbiran MLKN untuk menilai semula PLKN dan membuat penambahbaikan dari segi modul pembelajaran, kualiti kem dan kurikulum PLKN bagi menjadi program ini lebih baik dan berkualiti pada masa akan datang.
Datuk Ehsanuddin berkata "Penangguhan PLKN ini hanya melibatkan ambilan kedua dan ketiga sahaja kerana ambilan pertama sudahpun selesai."
"Kita akan ambil peluang ini untuk meningkatkan kemahiran jurulatih dan kem yang sedia ada. Mungkin urus tadbir juga dapat ditingkatkan. Kita juga masih boleh melakukan aktiviti untuk alumni (lepasan) PLKN... dengan beberapa penambahbaikan dari segi modul dan kemahiran, PLKN akan menjadi lebih menarik tahun hadapan,” katanya lagi.
Bagi kami di KLChronicle, kami bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Datuk Noor Ehsanuddin Narrashid . Sometimes in an organisation, we have to take a step back to evaluate things so that we can move two (2) steps forward. Kami percaya ini juga yang dilakukan oleh MLKN dibawah kepimpinan Datuk Noor Ehsanuddin Narrashid .
Kami berharap, selepas PLKN disambung semula, program ini akan menjadi antara program yang terbaik dianjurkan oleh kerajaan bagi anak muda dengan modul pembelajaran yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Sekaligus menjadikan "graduan" PLKN manusia yang lebih baik dari sebelum mereka memasuki program tersebut.
Apa pendapat anda?
No comments:
Post a Comment