Tuesday, January 27, 2015

Cubaan Mejar Zaidi Burukkan SPR Gagal, Kini Dipungut Pula oleh Pakatan Pembangkang

Mejar Zaidi ditawar kerja dengan pembangkang

Walaupun cubaan Mejar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Zaidi Ahmad untuk memburukkan imej Suruhanjaya Pilihanraya Negara (SPR) telah gagal. Namun, kini beliau telah dikutip oleh pihak pembangkang sebagai agen mereka untuk terus memburukkan SPR dan juga sistem urus tadbir pilihanraya negara ini. Jika dilihat dari logik akal pihak pembangkang, bagi mereka SPR adalah antara satu agensi yang kononya "tidak telus" dalam urus tadbir pilihanraya tetapi hakikatnya ini adalah salah sama sekali. 






Berbalik kepada kes Mejar Zaidi, propaganda yang dimainkan pembangkang yang kononnya Mejar Zaidi dipecat kerana "membongkar" isu dakwat kekal adalah satu propaganda jahat yang dimainkan untuk menanam sifat benci rakyat terhadap SPR. Namun, hakikat sebenar sebab Mejar Zaidi dipecat dan didapati bersalah adalah kerana Zaidi telah memberikan kenyataan media tanpa meminta izin Majlis Angkatan Tentera dan menyiarkan Kawat tumpangan rasmi tentera.

Sama juga dengan kita yang bekerja di syarikat swasta. Kita tertakluk dibawah undang-undang syarikat dan jika kita melanggar peraturan tersebut, tindakan tata terbit boleh diambil. Perkara ini diberitahu kepada kita sebelum kita menandatangani "Letter of Offer" dengan syarikat. Jadi, persoalanya sekarang, apa istimewanya Mejar Zaidi ini sehingga diberikan publisiti yang begitu hebat oleh pihak pembangkang?



Alhamdullilah, Allah swt itu Maha Adil. Selepas dijatuhi hukuman, penyamaran Mejar Zaidi telah terbongkar. Beliau telah diberi banyak tawaran bekerja oleh kerajaan negeri Pakatan Pembangkang antaranya Selangor dan Pulau Pinang. Malah ada pemimpin pembangkang yang dengan terbuka menawarkan pekerjaan kepada beliau tanpa berasa segan dan silu dikaitkan dengan seorang bekas tentera yang melanggar tata etika ketenteraan. 



Bagi kami di #KLChronicle, perbuatan yang dilakukan oleh Pembangkang dengan menawarkan kerja kepada Mejar Zaidi adalah satu peluang yang baik. Ini kerana, ianya telah berjaya membuka mata rakyat untuk menilai sendiri fitnah yang dilontarkan oleh Mejar Zaidi terhadap SPR sebenarnya hanya satu propaganda dan mainan pihak pembangkang. Tidak lebih dari itu. SPR telah cuba berlaku telus dengan sebaik mungkin tetapi pembangkang tetap dengan penipuan mereka. Ingatkah kita dengan insiden 40,000 bangla, blackout dan lain-lain hal yang terbukti hanyalah penipuan semata-mata. 

Kami di #KLChronicle berharap, sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita sama-sama dapat menilai dengan lebih teliti segala cerita dan berita yang dikeluarkan oleh pihak pembangkang. Ini kerana telah terbukti bahawa kebanyakkan maklumat yang diberitahu oleh pihak pembangkang adalah bohong dan tidak benar. Kadang-kala, fakta yang tidak tepat ini menyebabkan rakyat terpengaruh lalu meluahkan rasa "kecewa" mereka dengan cara yang tidak baik. Seeloknya, berita - berita yang kita terima disiasat terlebih dahulu untuk memastikan kebenarannya. 

No comments:

Post a Comment