Thursday, December 11, 2014

Hargai Usaha Kerajaan, 10,000 disasar hadir sambutan harga minyak turun di Kuala Lumpur

Pemimpin dan aktivis yang bergabung menganjurkan demonstrasi #Tuntut pada 31 Disember ini supaya harga minyak diturunkan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 11 Disember, 2014.


Demonstrasi menghargai usaha kerajaan menurunkan harga minyak akan diteruskan‎ pada malam 31 Disember ini dan penganjur mensasarkan sekurang-kurangnya 10,000 orang berhimpun di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dengan berpakaian hitam.

Seramai 16 kumpulan aktivis, badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik Pakatan Rakyat (PR) sepakat ‎menganjurkan demonstrasi "#Tuntut" supaya harga minyak turun sempena sambutan ambang tahun baharu 2015.]



"Kami tak perlukan permit. Cuma mahu meraikan sambutan tahun baharu," kata aktivis Hishamudin Rais pada sidang media di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini.

Gabungan itu dalam kenyataan mereka hari ini percaya tindakan menghapuskan subisidi oleh Barisan Nasional (BN) adalah tidak adil dan memangsakan rakyat.
Katanya, sebagai negara pengeluar minyak, sebahagian keuntungan hasil minyak dan gas wajib disalurkan terus kepada rakyat seperti yang dilakukan sekarang melalui BR1M dan sebagainya.

"Orang ramai diseru turun beramai-ramai dengan memakai baju hitam dan mula berkumpul di sekitar Dataran Merdeka bermula jam 9 malam," katanya.

Tambahnya, harga seliter bagi RON95 kini adil kepada rakyat dengan mengambil kira harga pasaran.

Antara 16 kumpulan itu adalah Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Suara Rakyat Malaysia, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), dan Jingga 13.

Turut serta sayap Pemuda PAS, PKR dan DAP.

"Sekiranya NGO yang terlibat ini meminta permit kebenaran utnuk berhimpun, ABU tidak akan terlibat,‎" kata pengasas Asal Bukan Umno (ABU), Harris Ibrahim.‎

Pengarah Propaganda SAMM, Eddy Noor Reduan, berkata, ‎kerajaan mungkin akan terus kekal akibat tindakan mereka membantu ekonomi rakyat.

Demontrasi sama dilakukan NGO dan PR pada malam 31 Disember tahun lalu menuntut kos harga barang diturunkan, tetapi dilabel sebagai perhimpunan menggulingkan kerajaan.

Putrajaya pada 19 November lalu mengumumkan harga petrol turun sebanyak 20 sen kepada RM2.55 seliter. – 11 Disember, 2014.

No comments:

Post a Comment