KL CHRONICLE: Video Kes Buli Pelajar Asrama

Wednesday, November 5, 2014

Video Kes Buli Pelajar Asrama



Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima sejumlah aduan daripada orang ramai berhubung penyebaran dua klip video di media sosial mengenai kes buli yang melibatkan beberapa pelajar di sekolah berasrama.
Penyebaran klip video berkenaan telah menimbulkan rasa tidak tenteram di kalangan masyarakat terutama ibu bapa dan pelajar-pelajar sekolah.



Sehingga kini tiada maklumat yang diperoleh mengenai lokasi serta individu-individu yang terlibat serta dakwaan menyatakan satu daripada kes buli berkenaan berlaku di Kuala Nerang, Kedah adalah tidak benar.
Sehubungan itu, pihak polis menyeru agar orang ramai, terutamanya ibu bapa yang mengetahui anak mereka menjadi mangsa buli untuk menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Kerjasama orang ramai amat diperlukan agar pihak Polis dapat mengambil tindakan sewajarnya ke atas pihak yang bertanggungjawab.

ACP DATIN ASMAWATI BINTI AHMAD
PENOLONG KETUA URUS SETIA KPN (KOMUNIKASI KORPORAT)
IBU PEJABAT POLIS BUKIT AMAN

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget