Kami merujuk kepada video diatas dimana dilihat Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narashid berdebat dengan Ahli Parlimen Kulai dari DAP yang dilihat mati akal untuk menjawab soalan yang diutarakan oleh Ahli Parlimen Kota Tinggi dari UMNO ini sehingga perlu untuk melakukan “personal attack” terhadap kerajaan Barisan Nasional. Soalan yang ditanya oleh YB Datuk Noor Ehsanuddin sangat mudah iaitu:
Umur 15 tahun dah matang, ada yang dh ada anak dan persoalan bagaimana hendak selesaikan perkara ini. Mungkin bagi agama Cina perkara ini tidak kesah , agama lain mungkin perkara ini adalah sensitif dan bukan sebarangan. Bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini.
Soalan sangat mudah, bagaimana untuk selesaikan isu anak muda remaja yang mengandung diluar pernikahan. Namun, ADUN DAP dari Kulai Teo Nie Ching tidak dapat menjawab soalan ini secara professional tetapi mula meroyan dengan menghina kerajaan Barisan Nasional. Bagi kami, tindakan Ahli Parlimen UMNO Datuk Noor Ehsanuddin ini telah membongkar tahap kualiti Ahli Parlimen DAP yang dilihat “low class” dan “kurang cerdik” dalam menangani isu-isu yang melibatkan rakyat.
Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada YB Datuk Noor Ehsanuddin kerana berjaya berdebat dengan baik sekali didalam dewan parlimen. Kami mula melihat “talent” Datuk Noor Ehsanuddin ketika beliau tibai Ketua Umum (KETUM) di Parlimen berkaitan isu FELDA satu masa dahulu dan sehingga kini nampaknya Datuk Noor Ehsanuddin tidak mengecewakan. Keep up the good work!!
P/S : Dengar cerita ada video berdebat dengan MP PKR dari PKR, nanti kami share
No comments:
Post a Comment