Thursday, November 27, 2014

Pesanan Ahli Parlimen Kota Tinggi Kepada Semua Perwakilan #UMNO #PAU2014



Datuk Noor Ehsanuddin, Ahli Parlimen Kota Tinggi dan merangkap Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara MLKN) mengucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan UMNO, Harapan beliau adalah supaya parti UMNO dapat "Memperkasa Keterlibatan Profesional Di Dalam UMNO" dan sekaligus menambah bilangan ahli UMNO dan pengundi BN. 



Bagi kami di #KLChronicle, point terakhir yang disebut oleh Datuk Noor Ehsanuddin adalah satu perkara yang wajar diambil serius oleh UMNO iaitu menambahkan pengundi Barisan Nasional (BN). Umum ketahui bahawa UMNO mempunyai hampir 3.2 juta ahli atau pun muungkin lebih sedikit i.e. 3.3 - 3.4 juta ahli. Namun, pada PRU -13 yang lalu Barisan Nasional secara keseluruhanya hanya mendapat  5,237,699; undi. 

Jika dilihat dari jumlah undi tersebut, dan jika kita "assume" semua ahli UMNO mengundi maka the remaining parti komponen dalam Barisan Nasional hanya menyumbangkan 2 juta undi. Adakah ini benar? Kami di KLChronicle rasakan perkara ini tidak benar. Apa yang berlaku adalah pertama, jumlah ahli UMNO yang berdaftar sebagai pengundi Barisan Nasional adalah kurang dan kedua, ada terdapat ahli UMNO yang tidak keluar/tidak mengundi UMNO Barisan Nasional. 

Ini yang merisaukan kami dan alhamdulilah Datuk Noor Ehsanuddin juga mempunyai kerisauan yang sama. Perkara ini bagi kami adalah serius kerana bagi memastikan UMNO Barisan Nasional menang pada PRU akan datang, UMNO perlu lebih serius dalam memastikan ahli parti UMNO dan parti komponen:

  1. Daftar sebagai pengundi
  2. Keluar mengundi calon-calon Barisan Nasional
Jika ini berjaya dilakukan, insyallah kami yakin UMNO Barisan Nasional akan menang PRU-14. Apa pendapat anda?

No comments:

Post a Comment