Sunday, November 16, 2014

Kini Ahli Parlimen @dapmalaysia Label PAS parti Kejam

Ustaz Nik Amar dikritik oleh @dapmalaysia & @LiewChinTong
Parti komponen Pakatan Rakyat (PR), PKR dan DAP amat kecewa dengan keputusan PAS Kelantan yang mahu meneruskan pelaksanaan hukum hudud mereka apabila mempertimbangkan penggunaan gilotin – alat yang digunakan untuk memotong kepala Raja Perancis Louis XVI dan permaisurinya Marie Antoinette ketika zaman Revolusi Perancis 1793.



Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP Liew Chin Tong berkata, Malaysia tidak memerlukan undang-undang yang bersifat kejam seperti itu.

"Begitu obses dengan kaedah yang tidak berperikemanusiaan oleh Nik Amar amat mengecewakan," kata Liew, yang juga ahli Parlimen Kluang, merujuk kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. 

"Cadangan penggunan gilotin itu perlu dihapuskan segera," katanya.

Media hari ini melaporkan Jawatankuasa Teknikal Hudud Kelantan dikatakan menghadapi kesukaran mencari kaedah paling sesuai untuk memotong anggota badan seseorang yang disabitkan kesalahan mencuri dan mini gilotin ini menjadi pilihan.

Mohd Amar berkata mungkin akan mencadangkan kepada ahli panel agar menggunakan mesin yang tidak memerlukan pakar bedah mengendalikannya, akan tetapi jawatankuasa itu masih memikirkan idea walaupun menerima reaksi negatif untuk mendapatkan pakar bedah bagi memotong kaki dan tangan pesalah.

"Pertamanya, pakar bedah mesti bersetuju menjalankan prosedur tetapi itu mungkin akan membangkitkan kemarahan Persatuan Perubatan Malaysia kerana ia melanggar 'Hippocratic Oath' (sumpah untuk menegakkan piawaian profesional dan mengamal perubatan secara etika)," kata Mohd Amar seperti  dilaporkan Mstar Online hari ini.

Bagaimanapun, jenayah dan hukuman terletak di bawah bidang kuasa kerajaan pusat dan bukannya kerajaan negeri.

Mohd Amar berkata alat pemenggal kepala itu lebih cepat berkesan dan hanya memerlukan seorang sahaja untuk menarik tuil, dua orang memegang pesalah dan doktor untuk memastikan orang yang dihukum itu tidak mengalami sebarang kejutan dan hakim menjatuhkan hukuman itu juga perlu hadir.

"Seperti mana-mana pemerhati hak asasi manusia, saya berkempen untuk menamatkan hukuman kejam seperti rotan dan hukuman mati.

"Alasan untuk tidak lagi menggunakan undang-undang yang kejam seperti itu dijelaskan setiap masa," katanya.

"Saya gagal memahami obsesi Nik Amar, beliau boleh membantu negara dengan fokus kepada gangguan umum, bukan deskripsi grafik untuk memotong tangan tetapi mengembalikan isu keadilan," kata Liew.

Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya tidak melihat alat sebagai isu utama hudud.

"Kita mahu melihat bagaimana pelaksanaan undang-undang mengikut perintah agama masing-masing," katanya yang juga naib presiden PKR.

Ketika diminta mengulas lanjut berkenaan penggunaan gilotin itu, beliau bagaimanapun masih tidak mempunyai maklumat lengkap.

"Maklumat lanjut belum saya terima berhubung perkara itu," katanya. – 16 November, 2014.

No comments:

Post a Comment