#KLChronicle : kami merujuk kepada artikel yang disiarkan oleh Sinar Harian dimana Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia(PMBOA) menyaran agar kerajaan tidak mengawal selia tambang bas ekspres bagi memberi manfaat kepada operator bas dan pengguna. Bagi kami, cadangan PMBOA ini ada asasnya tetapi, perkara-perkara berikut perlu diambil kira oleh kerajaan:
Anti Competition Act - 2010
Pada tahun 2010, kerajaan telah mewujudkan Anti Competition Act/ Akta Anti Persaingan dimana tindakan akan diambil oleh kerajaan terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang berpakat untuk "setting" harga barangan ataupun perkhidmatan sekaligus membebankan pengguna. Bagi kami di KL Chronicle, jika PMBOA mahu tambang bas express "dibuka" mereka juga harus jujur dalam tidak mewujudkan kartel sekaligus "set" harga bas yang tinggi.
Kelebihan terhadap rakyat dan pengguna
Secara positifnya, jika tambang bas tidak dikawal oleh kerajaan, para pengusaha bas harus bersaing secara terbuka dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat dan pengguna. Secara umumnya, "the best man wins" bermakna syarikat yang terbaik akan mendapat pulangan yang tinggi, dan yang tidak bagus akan gulung tikar. Kami di KLChronicle rasakan "this is a good thing".
Peranan kerajaan & SPAD dalam isu ini
Pertama sekali, kami rasakan kerajaan tersepit dalam perkara ini. Ini kerana kerajaan kena "balance" kan permintaan dari PMBOA dan juga menjaga kebajikan serta kepentingan rakyat. Namun, jika Anti Competition Act - 2010 ini dapat diimplement secara berdisiplin oleh agensi kerajaan, akhirnya rakyat juga akan terima faedah dari perkara ini dimana tambang bas tidak akan dimanipulasikan oleh PMBOA.
Kesimpulan
Kami berharap kerajaan dan juga SPAD akan consider the Pros' and Cons' dalam perkara ini sebelum memuktamadkan keputusan melepaskan kuasa dalam mengawal selia tambang bas express. Ini kerana, PMBOA juga merupakan "rakyat" dan penumpang/penguna juga merupakan rakyat. Jadi a win-win situation adalah sesuatu yang diperlukan bagi memastikan semua orang gembira dalam perkara ini. Ape pendapat anda?
Artikel dari Sinar Harian:
Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) menyaran agar kerajaan tidak mengawal selia tambang bas ekspres bagi memberi manfaat kepada operator bas dan pengguna.
Presidennya Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata operator bas ekspres sentiasa menghadapi kenaikan kos operasi berikutan kenaikan gaji pekerja, bahan bakar, alat ganti, pemasangan alat GPS dan lain-lain aspek keselamatan di dalam bas.
Pada masa yang sama pengguna juga mahukan bas dan kemudahan lebih baik dalam bas, katanya dalam satu kenyataan.
"Tambang yang dikawal selia akan menghalang operator bas daripada memberi perkhidmatan terbaik dan menghalang pengguna daripada menikmati kemudahan itu," katanya.
Beliau berkata pada Mei 2013, PMBOA mengemukakan permohonan bagi kenaikan antara 30 hingga 40 peratus tambang bas yang tidak mendapat respons sehingga sekarang. - Bernama
No comments:
Post a Comment