Sebuah pertubuhan bergelar Sekretariat Badan Bertindak Bantah Arak hari ini mengemukakan bantahan terhadap cadangan sebuah pasaraya besar menjual arak secara borong.
Dalam usaha membantah penjualan arak itu, salah satu organisasi yang bernaung di bawah sekretariat itu membahagikan Melayu kepada dua golongan besar.
"Ada dua jenis Melayu di sini, satu ialah Melayu Islam, kedua Islam Melayu," kata Dr Tajul Ariffin Noordin (gambar) pada satu sidang media di Bandar Baru Bangi hari ini.
Katanya, bagi mereka yang dalam golongan Melayu Islam, belum tentu mereka melaksanakan Islam.
"Mereka ramai di Kuala Lumpur. Ada yang minum minuman keras.
"Kalau Melayu Islam, dia bangsa saja Melayu tetapi tak ikut Islam. Tetapi kami yang tinggal di Bangi, tidak minum minuman keras. Kita pilih tinggal di Bangi.
"Yang tinggal di Bangi ini memang tak pernah minum arak. Kami ini ialah Islam Melayu. Kami hidup cara Al-Quran dan sunnah," katanya yang merupakan Ahli Jawatankuasa Pembangunan Masjid Al-Umm. Sekretariat itu terdiri daripada 42 organisasi di sekitar Bangi. – 14 November, 2014.
MENYUSUL LAGI
Pindahkan ke Shah Alam! Khalid Gereja akan sokong 1000%
ReplyDelete