Saturday, November 22, 2014

Alhamdulillah, Dato' Dr. Mashitah Mahu Sekolah-sekolah pondok dimartabatkan & Graduan dijadikan Ikon Anak Muda


Dato' Dr. Mashitah Ibrahim, mahu sekolah-sekolah pondok dimartabatkan dan graduan-graduannya ditempatkan di arus perdana dan menjadi contoh dan ikon kepada anak muda yang lain. Bagi kami di #KLChronicle, cadangan Dato' Dr. Mashitah ini merupakan satu cadangan yang bijak dan tepat pada masanya. 



Umum ketahui bahawa pada zaman sekarang terdapat pelbagai masalah sosial dikalangan anak muda, antaranya minum arak, seks bebas, hamil sebelum nikah dan sebagainya. Oleh itu, sudah tiba masanya anak muda ini didedahkan dengan ajaran sekolah pondok serta graduan-graduan sekolah pondok ini diberikan peluang untuk berkongsi pandangan serta pendapat mereka bagi menangani perkara ini. 

Selain itu, kami merasakan bahawa graduan sekolah pondok ini merupakan antara aset terpenting negara yang tersembunyi dan mereka ini harus dihargai dan diraikan supaya lebih ramai anak muda mengikut jejak langkah mereka. Malaysia sehingga kini telah dilimpahi dan diberkati oleh Allah swt dengan kekayaan, kemakmuran dan keamanan, salah satu sebabnya ialah kita merupakan bangsa yang mentaati perintah Allah swt.

Oleh itu, marilah kita sama-sama berjuang bagi memastikan pengajian agama Islam melalui sekolah pondok terus diangkat dan diberi perhatian oleh kerajaan. Secara logiknya, hanya kerajaan UMNO Barisan Nasional sahaja yang akan memperjuangkan sekolah pondok dan agama Islam, ke nak tunggu DAP? Jangan harap lah....


1 comment:

  1. Sekolah pondok ini bagus jika bersistem. Kebanyakkan berasal dari Guru-Guru Agama cukup ilmu setelah bertahun menuntut di negara Arab. Mereka prihatin bertujuan mentarbiah anak cucu cicit dalam menjalankan amalan Islam yang syumul. Malang nya generasi ketiga dan keempat masa kini, melibatkan diri dalam politik pembangkang kerana terpengaruh dengan amanat-amanat yang menyesatkan.

    Sudah tiba masa kerajaan memperkasakan di bawah pentadbiran Pengajaran Pondok yang berkemampuan dalam bidang Agama, Matematik, Sains dan Teknologi , Kewangan dan Perniagaan dalam arus Islam dan sejagat.

    Pendidikan berhemah sudah semesti nya mereka memiliki semangat patriotik jati diri, mandiri dan sentiasa menyokong aspirasi Melayu Islam dan kerajaan...

    ReplyDelete