@tm_insider kantoi berbohong, menurut sumber tidak sampai 700 orang sahaja ahli PKR yang hadir |
#KLChronicle : Setelah menimbulkan pelbagau huru hara dan masalah kepada University Malaya, ceramah haram KETUM Anwar Ibrahim hanya dihadiri hanya 700 orang "mahasiswa" yang sebenarnya tidak lain hanyalah ahli-ahli PKR dari Selangor.
Ahli PKR dari Selangor ini telah tiba seawal jam 4.00 petang untuk memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim setelah mahasiswa UM menolak usaha yang dilakukan oleh Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol membawa Anwar masuk ke UM untuk menceritakan kes liwat beliau.
Menyedari bahawa mahasiswa UM telah menolak Anwar Ibrahim, barisan kepimpinan PKR Selangor dipercayai telah bertindak dalam memobilisasi ahli PKR ke UM dan mereka inilah yang didapati dalang kepada insiden merempuh pagar di UM beberapa minit yang lalu.
Percubaan PKR untuk mengheret mahasiswa ke dalam kancah politik jijik dan kotor Anwar Ibrahim adalah satu tindakan yang bangsat dan biadap yang cuba dilakukan oleh KETUM untuk menyelamatkan diri beliau dari dihumban kedalam penjara.
Kami di #KLChronicle mendesak tindakan tegas diambil terhadap KETUM dan mana-mana pemimpin pembangkang yang terlibat dalam 'serangan' ke atas UM kerana ianya telah mencemar nama baik universiti dan juga sistem pendidikan negara hanya kerana kes liwat seorang pemimpin pembangkang!
No comments:
Post a Comment