KL CHRONICLE: Sudah Dijangka, @Anwaribrahim nafi meliwat Saiful dalam pernyataan pembelaan

Wednesday, October 8, 2014

Sudah Dijangka, @Anwaribrahim nafi meliwat Saiful dalam pernyataan pembelaan



Seperti yang telah dijangka, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdepan saman fitnah RM50 juta menafikan pertuduhan beliau meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Ketua Pembangkang itu dalam pernyataan pembelaan yang difailkan hari ini berkata, insiden berkenaan tidak pernah berlaku dan tuduhan Saiful tidak benar.



Saiful mendakwa, Anwar pada 26 Jun 2008 meminta satu fail dihantar ke sebuah unit di kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara.

Katanya, Anwar yang merupakan majikannya pada waktu itu, menggunakan semua pengaruhnya untuk mengadakan hubungan seksual itu dengannya.

Saiful berkata Anwar melakukan salah laku seks itu kepadanya tanpa kerelaannya.

Anwar berkata pada 26 Jun beliau menghadiri sebuah mesyuarat di Damansara tetapi tertinggal sepucuk surat di pejabat PKR dan menelefon ketua staf Ibrahim Yaakob memberitahunya dokumen itu diperlukan.

“Ibrahim sibuk pada ketika itu dan dia (Ibrahim) meminta plaintif (Saiful) yang bersendirian di pejabat menghantar surat kepadanya,” katanya.

Anwar yang juga merupakan ketua umum PKR berkata, Saiful tiada sebab yang munasabah dan saman berkenaan remeh, menyusahkan serta merupakan salah guna proses mahkamah.

Katanya, Saiful membuat laporan polis terhadapnya pada 28 Jun dengan motif tersembunyi untuk merosakkan imej politiknya.

Dalam mana-mana kes, Anwar berkata bukti dalam kes sivil bergantung kepada Saiful dan beliau bergantung kepada ulasan pembelaan yang saksama, mutlak dan perlindungan sah untuk berdepan saman itu.

Peguam Saiful Zamri Idrus berkata, perkara itu akan dibangkitkan semasa pengurusan kes pada 18 November dan anak guamnya juga akan memfailkan jawapan kepada pembelaan Anwar.

Pesuruhjaya kehakiman Azizul Azmi Adnan akan mengendalikan kes itu.

Pada 25 Jun, Saiful memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan pada 13 Ogos, peguam Anwar, Shahid Adli Kamaludin berkata anak guamnya akan hadir melawan saman itu.

Saiful dalam kenyataannya mendakwa Anwar memfitnah berulang kali dengan mendakwa laporan polis yang dibuat terhadapnya adalah tidak benar.

Saiful membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, dua hari selepas tarikh kejadian.

Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi 9 Januari 2012 yang membebaskan Anwar dari tuduhan meliwat Saiful.

Tiga panel hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Balia Yusof Wahi menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepada Anwar namun menangguhkan hukuman sehingga rayuan didengar di Mahkamah Persekutuan.

Rayuan terakhir Anwar akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 28 Oktober. – 8 Oktober, 2014.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget