KL CHRONICLE: PAS gantung keahlian dua Barua sokong @DrWanAzizah

Sunday, October 12, 2014

PAS gantung keahlian dua Barua sokong @DrWanAzizah

Dua Barua bersama @LimKitSiang

PAS hari ini memutuskan menggantung keahlian dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor yang menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor.

Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharudin digantung selama setahun dan dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti parti Islam tersebut.



Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung hampir lima jam di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Saari dan Hasnul, bagaimanapun, masih lagi ahli PAS.

Keputusan yang diambil tadi memutuskan kedua-duanya digantung selama setahun," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali di sidang media hari ini.

Dalam reaksi segera mereka ketika dihubungi, Hasnul berkata dia sedikit terkejut dengan keputusan itu tetapi memang menjangkakannya.

"Saya akan pertimbangkan untuk membuat rayuan," katanya.

Saari pula berkata dia akan menunggu surat rasmi parti mengenai keputusan itu dan memikirkan tindakan selanjutnya selepas itu sama ada untuk merayu atau tidak. – 12 Oktober, 2014.

MENYUSUL LAGI

2 comments:

Unknown said...

mana besar kesalahan 2 adun itu dengan Datuk Hasan Ali,

bezanya Datuk Hasan Ali DAP tak suka... 2 org Adun itu DAP suka..Adakah begitu?

Unknown said...

PR ni DAP yg kuasa. kalau DAP xredha siapa2 pun boleh dilabel pengkhianat. kalau DAP redha, sipengkhianat pun dianggap hero.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget