KL CHRONICLE: MCA Kini Tunjuk Bagus, Mahu Tetap Pertahan Sekolah Cina

Tuesday, October 7, 2014

MCA Kini Tunjuk Bagus, Mahu Tetap Pertahan Sekolah Cina

Kedua parti ini dapat bersatu demi kepentingan orang Cina
MCA akan terus mempertahankan hak masyarakat Cina dalam memastikan sekolah vernakular Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) terus wujud di negara ini walaupun tidak mendapat kepercayaan masyarakat tersebut, kata Naib Presidennya Datin Paduka Chew Mei Fun (gambar).



Beliau berkata MCA tidak akan sesekali berkompromi dengan cadangan Timbalan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Mohamad Azli Mohemed Saad supaya Perwakilan Umno membahaskan untuk mengekalkan atau memansuhkan SJKC pada Perhimpunan Agung Umno, November ini.

Azli mendakwa sistem sekolah vernakular dijadikan alat oleh pembangkang untuk menabur sentimen perkauman dan antikerajaan.

"Ini tidak betul untuk menghalang mempelajari bahasa ibunda kerana ia adalah satu hak di bawah Perlembagaan," kata Chew, yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan seminar cukai barang dan perkhidmatan (CBP) yang dianjurkan MCA Pulau Pinang dan Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Malaysia cawangan Pulau Pinang hari ini.

Chew menyeru semua kaum perlu saling menghormati bahasa ibuanda masing-masing dan isu ini tidak patut dibangkitkan kerana tidak ada masalah dengan sekolah vernakular Cina sejak merdeka 57 tahun lepas. – Bernama, 6 Oktober, 2014.

2 comments:

Unknown said...

Kalau nak terus adakan sekolah cina maka kaum cina harus biayai ongkos segala2nya

Kerajaan Malaysia tidak sepatutnya hulur satu sen pun. Tiada negara didunia yg bodoh sangat biaya 3 sistem pelajaran yg bertentangan dengan perpaduan sejati.

Bodoh ke takde telur??

Ahjibgor jangan bangga sangat dgn sekolah cina ni - kaum ni dah lama ketawakan ahjibgor.

Mereka hanya heran betapa murahnya nak tipu ahjibgor - hanya dgn banner I love PM - dah dapat banyak DUIT utk sekolah cina

hee haw hee haw hee haw - cina ketawa

Mega said...

Sekolah kebangsaan untuk semua kaum hanya mampu dilaksanakan apabila kaum cina dan india menjadi minority yang sedikit di malaysia, manakala kaum Melayu dan bumiputra menjadi majority besar. Anggaran adalah 50 tahun lagi. Kalau sekarang dilaksanakan ianya akan memberi lebih mudarat dari kebaikkan. Lihat sekeling kita sebagai contoh, dimanakah situasi (selain sukan) rakyat berbilang kaum menunjukkan perpaduan, di Sekolah, di universiti tetap sama, melayu dengan kaum melayu, cina dgn kaum cina dan india dengan kaum india. PLKN mungkin berjaya mengwujudkan rakyat yang mampu mempertahankan negara, tetapi raykat yang bersatu tetap gagal. Pergilah kemana2 PLKN, situasi adalah serupa. Malah dari segi penempatan penduduk juga berasingan. Sesuatu kaum lebuh mirip membeli rumah di mana kaum nya ramai. Seingat saya semasa di sekolah dulu (1967) darjah satu- sekolah inggeris, 2 minggu pertama kami memang baik kerana ditemani ibu bapa. Selepas itu hampir setaip hari ada sje pergaduhan dengan kaum lain khususnya cina. Mereka cuba menjadi dominent, dan pergaduhan berlanjutan sehingga sekolah menengah. Saya percaya kalau sekarang sekolah disatukan ianya akan menjadi punca kepada pergaduhan kaum yang lebih besar pada kemudian harinya. Klu setakad mahukan bahasa ibunda, tak de masalah. Sekolah2 kebangsaan bolih memberikan waktunya, Tetapi bukan itu mahunya, merekan mahu lebih daripada tu. Mereka mahukan dominent, sikap sebenarnya mereka.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget