KL CHRONICLE: Komen Calon Parlimen Belia @RahmanHussin Tentang #Bajet2015 #SayaGalas

Thursday, October 16, 2014

Komen Calon Parlimen Belia @RahmanHussin Tentang #Bajet2015 #SayaGalas


Calon Parlimen Belia Wilayah Persekutuan (WKL020) Mohd Ar Rahman Husin berkata inisiatif menangani kos sara hidup yang diperkenal kerajaan dalam bajet 2015 perlu menepati keperluan tiga kumpulan belia iaitu kumpulan tamat pengajian, berkerjaya dan berkeluarga.




"Lebih banyak inisiatif meningkatkan kemahiran perlu diperkenal bagi memastikan belia mendapat peluang kerjaya dengan gaji yang tinggi selepas belajar yang seterusnya dapat membantu mereka menyara keluarga.

"Kerajaan juga perlu memperkenal lebih banyak inisiatif untuk golongan pertengahan yang mana majoriti berada dalam kelompok ini, seperti potongan cukai dan pinjaman perumahan," kata Mohd Ar Rahman.

Beliau berkata Bajet 2015 perlu memperkenal mekanisme tegas untuk meneutralkan 'impak domino' yang terhasil akibat pengurangan subsidi antaranya kenaikan harga barang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan dijadual membentangkan Bajet 2015 di Dewan Rakyat pada Jumaat.-9/10/2014

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget