KL CHRONICLE: Kini @RafiziRamli Mahu Peminjam PTPTN dimalukan di Akhbar dan Media Harian

Friday, October 10, 2014

Kini @RafiziRamli Mahu Peminjam PTPTN dimalukan di Akhbar dan Media Harian

Mahu PTPTN iklankan nama pemimjam yang gagal bayar hutang 

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli hari ini mahu PTPTN untuk memalukan peminjam PTPTN di dalam akhbar dan media harian sebagai cara mendesak mereka membayar. Merujuk kepada kenyataan beliau di Facebook, Rafizi Ramli dipetik berkata:



"Saya mencadangkan supaya PTPTN mengambil pendekatan Australia iaitu hanya peminjam yang mencapai gaji tertentu yang wajar membayar atau dikutip hutangnya.

"Oleh itu, saya mencadangkan supaya hanya peminjam yang pendapatan boleh belanja (disposable income) bulanan melebihi RM1,000 sebulan (setelah mengambil kira bilangan anak dan tanggungan) yang perlu ditumpukan oleh PTPTN untuk mengutip hutang," katanya.

Selain itu, beliau juga mencadangkan PTPTN menghubungi mereka yang di dalam senarai peminjam tegar yang mampu tetapi tidak mahu membayar, dan merundingkan jadual bayaran dengan mereka.

"PTPTN sendiri mengakui mereka mempunyai maklumat alamat dan perhubungan lengkap dengan peminjam ini.

"Sekiranya mereka enggan juga membayar, PTPTN bolehlah mengiklankan nama mereka sebagai penghutang tegar di dalam akhbar dan media harian sebagai cara mendesak mereka membayar," katanya.

Sementara itu, Rafizi Ramli juga bersetuju bahawa kadar kutipan hutang PTPTN perlu dibaiki bagi memastikan penghutang melangsaikan hutang mereka sekaligus memberi peluang kepada anak muda lain meminjam melalui PTPTN. 

Artikel penuh : The Malaysian Insider 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget