Monday, October 6, 2014
Enam kapal dan pesawat usaha cari bot tempur TLDM yang hilang
Cuaca buruk di perairan Sabah pagi ini menghalang usaha mencari bot tempur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM ) CB204 yang hilang pagi semalam, kata Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.
Menggunakan akaun Twitternya @ChiefofNavy, beliau menulis pada jam 8.30 pagi: "CB204: Keadaan Laut bergelora (State 5) serta 'low rain clouds' menyukarkan pencarian oleh kapal dan pesawat Beechcraft dalam Op SAR."
Enam kapal dan pesawat, termasuk kapal terbang Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) AW139 dan Super Lynx milik TLDM, terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) itu.
Perkembangan terkini usaha SAR itu terus dimaklumkan kepada rakyat oleh Aziz melalui laman media sosialnya.
Pada jam 10.20 pagi, beliau menulis tweet memberitahu yang kawasan carian dibahagiakan kepada empat sektor yang dilabelkan dengan A, B, C dan D.
Selain daripada pesawat itu, aset mencari yang digunakan di 4 sektor itu ialah kapal tentera laut KD Ganas, KD Leliu, KD Pari dan KD Serang, dan kapal APMM ialah KM Mabul dan KM Berani, tulisnya di Twitter. – 6 Oktober, 2014.
MENYUSUL LAGI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment