KL CHRONICLE: #DemiRakyat Ops Tegas Dilancarkan

Wednesday, October 22, 2014

#DemiRakyat Ops Tegas Dilancarkan


Pada 15 Oktober 2014 yang lalu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah melakukan operasi bersepadu membanteras aktiviti tidak bertanggungjawab pemandu teksi yang tidak menggunakan meter. Operasi ini telah diberi nama OPS TEGAS dan melibatkan pegawai penguatkuasa SPAD.





Lokasi OPS TEGAS ini adalah di sekitar kawasan Kuala Lumpur antaranya:
 a. Pasar Seni.
 b. KLCC.
 c. Bukit Bintang-Pavillion.
 d. Sg Wang.
 e. Berjaya Times Square dan tempat-tempat tumpuan pelancong yang lain.

Bagi kami di #KLChronicle, operasi yang dilakukan oleh SPAD ini tepat pada masanya kerana umum ketahui bahawa isu pemandu teksi yang tidak menggunakan meter ini telah lama berlaku dan ia memberikan imej yang tidak baik kepada negara.

Kami ingin mencadangkan bahawa selain tindakan tegas diambil terhadap pemandu, pihak SPAD juga menyiasat punca pemandu teksi tidak menggunakan meter. Adakah ianya kerana jumlah tambang meter yang rendah atau pun kerana berlaku terlalu banyak persaingan antara pemandu teksi sehingga pendapatan mereka terjejas. 

Dengan mengetahui punca perkara ini berlaku, SPAD bersama agensi kerajaan yang lain dapat memainkan peranan yang lebih efektif dalam menangani kes ini sekaligus meningkatkan mutu servis teksi didalam negara sekaligus membaik pulih imej negara dimata pelancong. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget