Tuesday, October 7, 2014

Bung Mokhtar, Latheefa Koya berperang di Twitter mengenai Akta Hasutan

A screenshot of Bung Mokhtar Radin’s Twitter page showing Latheefa Koya’s tweet following his support of the Sedition Act. – October 7, 2014.

Pemimpin Umno Bung Moktar Radin dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Latheefa Koya berperang di laman sosial Twitter selepas peguam PKR itu mengugut mahu "menghapuskan" ahli Parlimen Kinabatangan itu kerana menyokong Akta Hasutan 1948.

Bung Mokhtar memberi tempoh 24 jam kepada Latheefa menjelaskan kenyataan dan memohon maaf sebelum bertindak membuat laporan laporan polis kerana mengugutnya.



"@Sandran41H @LatheefaKoya Saya meminta pihak @PDRMsia menyiasat kenyataan @LatheefaKoya utk menghapuskan saya, ini satu ugutan melampau," kata Bung Mokhtar melalui akaun Twitternya @MyKinabatangan .

"@khairulryezal @PDRMsia saya memberi 24jam kpd (kepada) @LatheefaKoya memberi penjelasan dan mrmohon (memohon) maàf kpd saya..if not (jika tidak) saya akan buat Lp' (laporan) polis," katanya.
Kenyataan Bung Mokhtar itu kemudian dibalas Latheefa: "@MyKinabatangan saya bagi kamu 24 jam untuk tarik balik ugutan terhadap rakyat Malaysia untuk guna Akta Hasutan!"

Latheefa merujuk kepada ucapan Bung Mokhtar dalam Dewan Rakyat hari ini yang menggesa supaya polis menahan individu yang menentang Akta Hasutan dan mendakwa golongan terbabit membawa "pengaruh buruk".

Kemarahan Bung Mokhtar tercetus selepas pengikutnya di Twitter menyiarkan paparan kenyataan awal Latheefa sebelum ia dipadamkan.

No comments:

Post a Comment