#KLChronicle Says : Dey Anwar, ni apa hang nak buat isu pulak pasai taikun Malaysia tak bayar cukai .. ni kami nak tanya hang, hang pernah tak bayar cukai pendapatan.? Toksah dok kalut sangat hal orang lain lah..Lagi satu, hang tak tau ka wujud Seksyen 138 Akta Cukai Pendapatan dimana segala jumlah cukai yang kita bayar adalah rahsia. Sekarang ini hang nak kerajaan bukak cerita brapa cukai yang taikun-taikun ni bayaq..benda salah pandai pulak hang suruh kerajaan buat.. dah hang toksah dok buat kalut, kalau hang tau mana-mana taikun x bayaq cukai pi buat laporan..toksah dok buat drama tamil kat parlimen
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Putrajaya memastikan kutipan cukai ke atas 20 orang hartawan Malaysia seperti T Ananda Krishnan, Datuk Mokhzani Mokthar dan Tan Sri Vincent Tan dilakukan.
Ketua pembangkang itu membuat gesaan tersebut ketika menyokong Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur hari ini.
"Saya mahu tahu daripada 20 bilionair di negara kita ini berapakah jumlah cukai yang kita kumpulkan?" katanya di Parlimen hari ini.
Katanya gesaan itu dibuat berdasarkan laporan yang diterima sebelum ini terdapat tekanan kepada kerajaan akibat daripada tindakan hartawan di Malaysia yang enggan atau menangguhkan pembayaran cukai.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, ada sesetengah hartawan diberi kelonggaran melalui skim pembayaran mudah.
"Sekiranya terdapat bayaran ansuran kepada golongan kaya, maka kita harap rakyat biasa turut mendapat kemudahan itu. Sepatutnya perlu ada perasaan kemanusiaan untuk berurusan dengan pembayar cukai golongan menengah," katanya.
Anwar berkata, LHDN juga perlu melengkapkan diri dengan kepakaran teknikal untuk mengesan hartawan yang menyorok kekayaan di luar negara bagi mengelakkan cukai.
Ketua umum PKR itu berkata, meskipun beliau menyokong pindaan untuk memberi lebih kuasa kepada LHDN, agensi itu juga perlu mengkaji amalan pembayaran cukai.
Putrajaya hari ini meminda Rang Undang-Undang (RUU) kontroversi LHDN bagi mengeluarkan peruntukan yang mencadangkan pembentukan sebuah Panel Pelaburan.
Pada versi asalnya, ia mencadangkan panel itu ditubuhkan dalam LHDN bagi membolehkan menteri kewangan, iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, melantik enam daripada tujuh ahli lembaga panel itu.
RUU pindaan kepada Akta LHDN 1995 itu dijadualkan dibaca buat kali kedua di Parlimen hari ini. – 7 Oktober, 2014.
No comments:
Post a Comment