KL CHRONICLE: Wan Azizah Mula Mengarut, Janji Nak Selesaikan Masalah Banjir Konon

Tuesday, September 30, 2014

Wan Azizah Mula Mengarut, Janji Nak Selesaikan Masalah Banjir Konon


#KLChronicle says : Dalam artikel dibawah yang dikeluarkan oleh The Malaysian Insider, langsung tidak ada sebut bagaimana Wan Azizah hendak selesaikan masalah air. Apa yang dibincangkan adalah pertemuan 4 mata dengan agensi kerajaan. Persoalan sekarang, apakah idea Wan Azizah selaku ADUN Kajang untuk selesaikan masalah ini? Sebenarnya beliau tidak ada idea langsung melainkan hanya memberikan janji-janji kosong kepada penduduk Kajang. Nasib baik lah Wan Azizah tidak menjadi MB, kalau tidak entah bagaimana keadaan Selangor. 



Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberi jaminan masalah banjir kilat yang sering dihadapi di kawasannya akan dapat diatasi pada masa akan datang.

Dr Wan Azizah berkata, pertemuan empat mata akan diadakan antara Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor (JPS) bagi membincangkan isu banjir kilat di Kajang serta penyelesaian jangka pendek dan panjangnya.

"Saya menerima maklumat daripada penduduk bahawa sesetengah kawasan di bandar Kajang mengalami banjir kilat pada petang Isnin berikutan hujan lebat.

"Saya mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak ahli majlis, pegawai MPKj dan pegawai JPS kerana bertungkus lumus membersihkan kawasan yang dilanda banjir kilat.
"Syabas diucapkan atas tindakan segera yang diambil untuk menangani kejadian banjir kilat di bandar Kajang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pejabat DUN Kajang akan bekerjasama dengan unit 'taskforce' MPKj untuk memantau dan mengambil langkah proaktif sekiranya kejadian banjir kilat seperti itu berulang lagi.

"Saya akan berusaha dengan lebih gigih dan terus berkhidmat untuk warga Kajang demi kebaikan bersama," katanya.

Hujan lebat dan ribut petir lebih sejam petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di Selangor, termasuk bandar Kajang dan Kampung Sungai Kantan, dilanda banjir kilat.

Keadaan cuaca itu menyebabkan paras air di Sungai Jeluh dilaporkan meningkat naik dalam masa singkat selain berpunca daripada masalah mendapan pasir, sampah sarap, serta kerja pembinaan MRT Sungai Buloh-Kajang, lapor BH Online.

Hampir setiap tahun Kajang dilaporkan mengalami banjir kilat apabila tiba musim hujan lebat sehingga menjejaskan aktiviti penduduk dan trafik sekitar Lembah Klang.

Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan MCA Selangor, Ng Chok Sin dalam kenyataannya hari ini menuding jari kepada “Langkah Kajang” PKR antara penyebab insiden itu.

Ng mempersoalkan kredibiliti Dr Wan Azizah selepas enam bulan dipilih menjadi wakil rakyat serta mendesak presiden PKR itu menyediakan pelan jangka panjang bagi mengatasi masalah banjir.

"Ketamakan PKR mengejar jawatan menteri besar menyebabkan banyak isu kebajikan rakyat terjejas dan terabai.

"Tugas wakil rakyat adalah memenuhi kehendak penduduk kawasannya dan bukan bergaduh dan mengatur strategi untuk jawatan menteri besar," katanya.

Dr Wan Azizah menerima sokongan majoriti 30 daripada 56 Adun Selangor sebagai calon menteri besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

PKR dan DAP juga sebulat suara menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal walaupun Sultan Selangor menitahkan lebih daripada dua nama diperlukan untuk pertimbangan.

Cubaan Dr Wan Azizah memohon menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui surat sebanyak dua kali ditolak.

Sultan akhirnya memilih Adun Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar dan yakin timbalan presiden PKR itu juga mempunyai sokongan majoriti. – 30 September, 2014.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget