KL CHRONICLE: Tok Pa : PAS harus hentikan kempen isu royalti minyak di #PengkalanKubor

Sunday, September 14, 2014

Tok Pa : PAS harus hentikan kempen isu royalti minyak di #PengkalanKubor



PAS perlu menghentikan kempen menuntut royalti minyak di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor kerana Putrajaya sudah pun memberikan wang ihsan kepada Kelantan, kata Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan itu berkata, isu royalti yang dimainkan PAS itu tiada maknanya kerana sumbangan wang berkenaan sudah pun disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).



"Kerajaan pusat setuju setelah ada perbincangan dan mula tahun depan maknanya wang ihsan akan dibahagi 50-50 lah lebih kurang antara JPP dan Majlis Agama Islam di Kelantan (Maik).

"Ini sudah ada persetujuan secara prinsip cuma saya difahamkan, belum ada tandatangan lagi. (Hanya) mesyuarat di Kementerian Kewangan. Kita anggap Maik sebagai kerajaan negeri," katanya kepada media di Pengkalan Kubor hari ini. – 14 September, 2014.
MENYUSUL LAGI

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget