KL CHRONICLE: Tahniah! @PDRMsia telah siasat kes kertas Sains UPSR bocor

Thursday, September 11, 2014

Tahniah! @PDRMsia telah siasat kes kertas Sains UPSR bocor



Polis menjalankan siasatan berkaitan aduan kebocoran kertas soalan Sains bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.




Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa memberitahu The Malaysian Insider satu laporan dibuat hari ini di balai polis di Putrajaya.

"Polis sedang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 8 (1) (e) OSA. Tiada tangkapan dibuat setakat ini," Tajudin berkata, sambil enggan mengulas lanjut.

Mengikut jadual asal, kertas Sains itu akan diduduki murid Tahun 6 mulai 8.15 pagi hingga 9.30 pagi esok.

Berikutan kebocoran yang disahkan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan petang tadi, kertas itu ditangguhkan ke 30 September.

Menurutnya, kandungan soalan kertas peperiksaan Sains berkod 018, 028 dan 038 itu tersebar menerusi media sosial.

Tahun ini terdapat 472,853 pelajar Tahun Enam menduduki UPSR seluruh negara. Ia bermula semalam dan dijadualkan berakhir esok. – 10 September, 2014.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget