Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Syarikat PRASARANA Malaysia Berhad melalui @MyRapidkL yang telah berjaya melakukan satu lagi inisiatif murni untuk membantu pengguna Kuala Lumpur (KL) Monorail di Stesen KL Sentral. Umum ketahui bahawa pembangunan pesat di kawasan KL Sentral telah menyebabkan pembinaan pelbagai bangunan yang baru seperti Nu Sentral dimana Nu Sentral ini terletak berhadapan dengan stesen KL Monorail.
Menyedari bahawa "connectivity" merupakan satu elemen yang penting bagi pengguna perkhidmatan awam, pihak @MyRapidKL telah mengambil satu inisiatif untuk menyambungkan kompleks Nu Sentral dengan stesen Monorail KL Sentral. Sambungan ini dilakukan dengan membina satu jambatan berbumbung bagi kesenangan pengguna.
Pada pendapat saya, inisiatif sebegini yang dilakukan oleh GLC (Syarikat Prasarana Berhad) wajar dicontohi oleh GLC yang lain. Although "profitabiliy" merupakan antara aspek yang penting dalam GLC, namun Corporate Social Responsibility (CSR) juga adalah penting bagi sebuah GLC untuk mendekatkan diri syarikat dengan masyarakat. In the end, the people will appreciate the effort taken by Prasarana in ensuring that peoples comfort and safety is taken care off.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Prasarana Group Managing Director Dato’ Sri Shahril Mokhtar kerana telah berjaya menerapkan sikap mengambil berat terhadap keselesaan penumpang sebagai salah satu ciri servis oleh @MyRapidKL. Umum ketahui berjuta warga Kuala Lumpur yang menggunakan kenderaan awam dalam aktiviti harian mereka dan mereka hanya mahukan keselesaan dan keselamatan mereka terjamin dan ini dapat dilakukan oleh pihak @MyRapidKL.
No comments:
Post a Comment