KL CHRONICLE: TAHNIAH @MyRapidKL LALUAN JEJANTAS STESEN KL SENTRAL DIBUKA SEPENUHNYA

Saturday, September 20, 2014

TAHNIAH @MyRapidKL LALUAN JEJANTAS STESEN KL SENTRAL DIBUKA SEPENUHNYA

Displaying Resize Pic.JPG

KUALA LUMPUR, 20 Sept -- Segalanya lebih senang dengan RapidKL dengan pembukaan jejantas yang menghubungkan terus para penumpang Monorel ke platfom stesen KL Sentral hari ini.

Untuk yang datang dari pusat membeli belah Nu Sentral khususnya yang menggunakan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya, mereka boleh terus ke platfom stesen tanpa perlu turun naik eskalator dan tangga untuk memasuki stesen.



“Segalanya lebih senang dengan RapidKL. Kami berharap dengan berbagai tambahan kemudahan dan fasiliti untuk para penumpang RapidKL khususnya monorel dan LRT, lebih ramai lagi akan menggunakan pengangkutan awam,” kata Ketua Pegawai Operasi Rapid Rail untuk Laluan Monorel, Encik Abdul Hadi Amran.

Pada 13 September lepas, stesen Monorel Bukit Bintang membuka sayap baru, yang memberi kemudahan untuk para penumpang untuk keluar terus ke gedung membeli belah Lot 10. Ini termasuk laluan terus ke pusat fesyen terkenal H&M di Tingkat 1.

Pembukaan jejantas di pusat membeli belah Nu Sentral itu bukan saja akan menyediakan laluan terus ke platform tetapi turut memberikan pelbagai kemudahan lain seperti tambahan enam lagi mesin membeli tiket dan 10 pagar memasuki platfom.

Mengendalikan kira-kira 10,000 penumpang sehari, Stesen KL Sentral adalah stesen kedua sibuk dalam perkhidmatan monorel selepas Stesen Bukit Bintang.

“Kami menjangkakan lebih ramai lagi penumpang akan menggunakan stesen KL Sentral ini selepas pembukaan jejantas di Nu Sentral ini. Sememangnya, segalanya lebih senang dengan RapidKL,” tambah Hadi. 

Selain menyediakan elemen ketersambungan (connectivity), RapidKL turut menyediakan kemudahan penggunaan satu tiket Kad MyRapid untuk semua rangkaian LRT, monorel dan juga bas.

Pengalaman perjalanan dengan monorel akan lebih hebat dan menyeronokkan lagi apabila tren empat gerabak baru diperkenalkan tidak lama lagi.

Keterangan Gambar: Laluan dari pusat membeli belah Nu Sentral yang terus ke platfom stesen tanpa perlu turun naik ekskalator.

Mengenai RapidKL

RapidKL adalah jenama untuk perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan oleh Rapid Rail Sdn Bhd dan Rapid Bus Sdn Bhd, yang merupakan anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad. Sementara Rapid Rail mengendalikan perkhidmatan monorel dan LRT, Rapid Bus Sdn Bhd menjadi operator kepada perkhidmatan bas RapidKL. Rapid Bus juga mengendalikan perkhidmatan bas RapidPenang and RapidKuantan.


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget