Tuesday, September 23, 2014

Tahniah @AzminAli Kini Pejabat @anwaribrahim di Selangor pula ditutup serta-merta untuk jimat Kos

Nampaknya KETUM makin stress, bini tak dapat jadi MB dan pejabat pun dah kena tutup

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor hari ini bersetuju menutup Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri di Plaza Perangsang di Shah Alam serta-merta bagi menjimatkan kos pentadbiran.



Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) Faekah Husin, dalam satu kenyataan, menyebut penutupan itu berikutan hal ehwal ekonomi dilihat mampu diuruskan Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC).

Beliau berkata, SSIC kini beroperasi sebagai sebuah pusat sehenti selain memiliki pegawai terlatih serta berpengalaman luas terutama dalam bidang berkaitan urusan pentadbiran, prosedur dan promosi.

Katanya, penubuhan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor pada 2009 yang diletak di bawah pengurusan MBI bertujuan memanfaatkan pengalaman serta kepakaran Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang pernah menjawat kedudukan sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.

"Sehubungan itu, kita berpendapat adalah wajar Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor ditutup supaya peranannya tidak bertindih dengan tugas dan tanggungjawab pegawai kerajaan negeri yang dikhususkan untuk menjaga hal ehwal ekonomi dan pelaburan Selangor. – Bernama, 22 September, 2014.

No comments:

Post a Comment