Monday, September 8, 2014

Student UM Elok Belajar dari Berdemo #KekalAktaHasutan

Sidang media Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya di kampus Universiti Malaya, Kuala Lumpur bagi melancarkan ‘hartal’ sebagai tanda sokongan kepada Prof Madya Dr Azmi Sharom dan untuk menuntut pemansuhan Akta Hasutan, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 8 September, 2014.
Duit pun minta ibu bapa ada hati nak berdemo bagai
#KLChronicle: Student UM ini elok sedar diri. Anda datang ke UM pun guna duit ibu bapa yang bertungkus lumus bekerja untuk memastikan anda belajar bersungguh-sungguh. Tetapi anda pula sibuk hendak berdemo dan berhartal kononya demi "kebebasan bersuara". Lebih elok anda belajar bersungguh-sungguh dan "bebaskan" ibu-bapa anda dari kesusahan bekerja. Itu lebih elok dan mulia daripada hendak berdemo sana-sini. 

Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) melancarkan "hartal" pada Rabu ini sebagai sokongan kepada Prof Madya Dr Azmi Sharom yang didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 pada minggu lalu.



Presiden PMUM Fahmi Zainol mengatakan, bantahan itu akan diadakan bersama-sama dengan perhimpunan dan forum Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) yang akan diadakan pada hari yang sama.


"Bantahan ini menuntut pemansuhan Akta Hasutan," kata Fahmi kepada pemberita di kampus UM, Kuala Lumpur.

Kali pertama hartal diadakan di negara ini pada 20 Oktober 1947, dianjurkan gabungan Pusat Tenaga Rakyat (Putera) – All Malayan Council for Joint Action (AMCJA) sebagai bantahan kepada Perlembagaan yang dicadangkan penjajah British.

"Hartal" ialah perkataan Gujerati yang bermaksud protes beramai-ramai, biasanya membabitkan penutupan tempat kerja, pejabat, kedai dan mahkamah sebagai satu bentuk keingkaran awam.

Penyelaras kempen himpunan solidariti Azmi Sharom, Vince Tan berkata protes itu ialah hak pelajar dan semua dijemput menyertainya.

"Sekarang minggu orientasi, banyak kelas masih belum bermula. Bagaimanapun, kami isytiharkan tidak akan ada kelas antara pukul 1 dan 4.30 petang bagi membolehkan pelajar kita menyertai program ini dan mendengar ceramah tentang kebebasan bersuara oleh penceramah yang akan dipilih PKAUM," katanya.

Tan, pelajar undang-undang tahun akhir UM, berkata: "Ini ialah satu bentuk keingkaran awam dan sekiranya kita hendak menunjukkan keingkaran kita, inilah masanya."

Azmi didakwa pada 2 September kerana artikel bertajuk "Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told" (Ambil jalan krisis Perak, selesaikan segera kebuntuan Selangor, Pakatan diberitahu), dilaporkan sebuah portal berita pada 14 Ogos.

Presiden PKAUM itu didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur pada 15 Ogos. – 8 September, 2014.

4 comments:

  1. Macam bagus jer mahasiswa ni...hampeh

    ReplyDelete
  2. Dia org ingat otak mrka tu pandai sgt ke. Saje nk wat kecoh. Apa kajian atau thesis yg hebat dpt dihasilkan

    ReplyDelete
  3. ikut hati mati, ikut rase binasa.
    yg jadi ketua tu, boleh tambah mileage, tambah glam. yg followers tu, hampeh nnt. at the end of the day, yg susah payah, mak bapak jgk. tk kemananye politik murahan tu, kalo tiada degree dlm genggaman, atau setakat cukup mkn jer.

    ReplyDelete
  4. Mahasiswa pemalas ni berlindung disebalik kebebasan bersuara konon. Mereka ini pemalas. Kalau tak percaya, masa graduation cuba tengok apa keras sarjanamuda dia org..kelas kedua rendah...

    Budak budak pemalas di sesatkan lagi oleh para akademik pemalas. UM dah jadi Universiti Monyet, sebab pelajar dan akademik berlagak macam monyet. Berdemo utk kebebasan Suara monyet monyet pemalas.

    Kalau para akademik sama pelajar ini nak berpolitik berhenti dari UM, keluar dan berpolitik sepenuhnya masa. Ni keturunan haprak berselindung disebalik kebebasan akademik konon. Makan gaji buta, biasiswa/pinjaman buta...mmg UM ni penuh dengan monyet.


    ReplyDelete