KL CHRONICLE: Selepas Derhaka, Kini PKR pula turut pohon "ampun" dari Sultan Selangor

Tuesday, September 9, 2014

Selepas Derhaka, Kini PKR pula turut pohon "ampun" dari Sultan Selangor


Selepas DAP, PKR hari ini turut "memohon keampunan" Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana membuat baginda dukacita dan murka atas tindakan parti itu yang berdegil hanya menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.



Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata partinya dan Pakatan Rakyat (PR) menghormati prinsip keluhuran perlembagaan serta menjunjung sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.



"Pihak kami akan terus merafak sembah dan memohon keampunan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan seandainya keputusan kami mematuhi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan amalan (convention) sejak 1957 menyebabkan terguris perasaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan," kata ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam satu kenyataan hari ini. – 9 September, 2014.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget