KL CHRONICLE: Respond #KLChronicle Kepada Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kayat

Saturday, September 13, 2014

Respond #KLChronicle Kepada Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kayat


KLChronicle says : Kami merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kayat kepada The Malaysian Insider dan berikut adalah respond kami kepada kenyataan beliau. 

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat melihat Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Kelantan bakal menjadi "ukuran" sokongan pengundi kepada Pakatan Rakyat (PR) yang terkesan ekoran krisis menteri besar di Selangor.



KLChronicle says : Silap sebenarnya. Suhaizan Kayat nampaknya masih tidak faham bahawa there is no Pakatan Rakyat. Hanya ada 3 buah parti yang berpakat sesama sendiri iaitu PAS-PKR-DAP. Pakatan Rakyat bukan satu entiti yang sah seperti mana yang diberitahu oleh Istana Selangor. Oleh sebab Pakatan Rakyat bukan entiti yang sah, Sultan Selangor menulis tiga surat kepada tiga parti yang berbeza. Takkan Suhaizan Kayat sampai sekarang tidak faham?

Suhaizan dalam wawancara khas bersama The Malaysian Insider berkata pemuda PAS turut menyedari PRK berkenaan akan menjadi isyarat daripada rakyat yang bakal memberikan gambaran kepada parti pembangkang itu.

"Kita baru ingin melihat perkembangan terkini (krisis di Selangor) memberi kesan. Ini isyarat rakyat, mereka bersama kita atau tidak, dan menjadi ukuran yang sedikit sebanyak boleh memberi gambaran kepada kita," kata Suhaizan kepada The Malaysian Insider di Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur semalam.

KLChronicle says : Bagi kami, tindakan PKR melepaskan kerusi Pengkalan Kubor adalah satu langkah yang politically correct kerana kita tahu ahli akar umbi PAS sememangnya sudah muak dan menyampah dengan sikap pemimpin PKR yang bongkak dan biadap. Oleh yang demikian, bagi kami peluang untuk PAS menang di Pengkalan Kubor lebih cerah jika berbanding dengan PKR. Walau bagaimanapun kami masih tidak dapat menjangkakan reaksi ahli akar umbi PKR pula, adakah mereka akan sabotaj calon PAS?

PAS mengumumkan Setiausaha Kawasan Tumpat Wan Rosdi Wan Ibrahim sebagai calon parti itu, manakala Barisan Nasional (BN) menamakan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Tumpat, Mat Razi Mat Ail untuk bertanding merebut kerusi DUN yang kosong setelah kematian penyandangnya dari BN, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, akibat kanser hati pada 20 Ogos lepas.

Suhaizan berkata PAS juga akan mengambil pendekatan positif dan mengamalkan kempen lebih bersih dengan mengelak berkempen mengkritik peribadi calon BN.

"Persaingan seperti biasa, kita tidak akan mengkritik (peribadi) calon mereka," kata Suhaizan, yang menjangkakan persaingan sengit akan berlaku untuk PRK tersebut.

KLChronicle says : Tidak mahu kritik peribadi? Tidakkah Suhaizan sedar bahawa blog-blog pro-PAS sudah mula mengkritik calon UMNO dengan mengatakan bahawa beliau hanya berpura-pura dan bukanlah seorang yang alim seperti yang diwar-warkan. Bagi kami itu merupakan satu serangan peribadi.

"Kita pun faham dalam keadaan sekarang persaingan amat sengit, kita jangkakan 50:50," katanya.

Suhaizan berkata beliau sedar PAS adalah parti "underdog" untuk PRK berkenaan, memandangkan PR meletakkan PKR untuk bertanding di kerusi Pengkalan Kubor dalam Pilihan Raya 2013 sebelum ini.

"Kita 'underdog' yang kalah PRU, lepas itu kerusi PKR," katanya.

Noor Zaidi menewaskan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei tahun lalu.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget